Wednesday 31 October 2012

dulu cuma berbikini...dan kini muslimat berniqob.....subhanallah!!!



    ~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang...
 selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman.


 Siapa yang dapat menyangka Gadis yang dulunya seorang aktres yang cantik, model, pelatih fitness dan seorang aktivis hak asasi. Dia membesar dalam masyarakat Barat yang bebas bersosial, mendedahkan aurat dan anti Islam.  Gadis itu adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasas Global Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery.
Sebagai seorang remaja Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, dia membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian  berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour. dia bebas melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat. 

sudah menjadi habitnya menjadi pengunjung setia pantai yang “suka mempamerkan tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas. 

Tahun demi tahun berlalu, dia mula fahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaan terletak pada semakin tinggi dia menggunakan daya tarik kewanitaannya.  Ketika itu dia menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. 
 

Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, dia  mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. meminum arak dan melayan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti. Namun, akhirnya semua sia2  
Kemudian berlakunya peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, dia terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam. 

dulu sebelum kenal islam, dia  mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti “khemah”, tukang pukul isteri, haram dan dunia pengganas. 


Setelah itu,dia turut bergabung di dalam kempen, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam. 

kini kegiatan hariannya sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara “berpilih”, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal. 

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan ciptaan. 

Bahagia dengan Hijab 
 
Berjinak2 dengan tudung, dia membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian muslimah. 

Dia  berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang mana beberapa hari sebelumnya dia  masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas. 

untuk pertama kalinya, dia  berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu. 
Dia  merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahu. Dia  tidak lagi menghabiskan masa untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilan.  

Dari semua tempat itu, dia menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai“pusat skandal di bumi”, yang membuatkan semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa. 

Walaupun bahagia dengan hijab, dia menjadi ingin tahu mengenai niqab (purdah) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya. 

dia bertanya suaminya  yang juga muslim, yang menikah dengannya setelah dia menjadi muslimah, adakah suami izinkan  mengenakan niqab atau cukup dengan hijabku sekarang yang sudah ku kenakan? 

“Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar. Ia disebut abaya (jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki”


Memakai purdah 


Satu setengah tahun berlalu, dia memberitahu suaminua bahawa aku mahu memakai purdah. Alasannya kali ini bahawa  merasa lebih “menyenangkan” Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup. 

“Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli (isdaal)”, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

 
...............................................................................................................

Subhanallah!! Hidayah Allah Maha Luas menyapa hati yang sering gundah gelisah ini. Hati menyambut cinta Allah yang bernama Islam. Lantas konflik jiwa yang sering menjadi teman selama ini mula menyisih dari kehidupannya. 

Betapa hebatnya benih bermutu bernama hidayah dan aqidah Islam itu sehingga ia mampu menyerlahkan perwatakan berbeza seorang gadis Barat bernama Sara Bokker. 

Sara meninggalkan dunia yang gelap sebelum ini menuju cahaya yang indah. Sara mula mengenal penciptanya, objektif manusia dihidupkan dan ke mana akhirnya dia akan kembali. 

Semua itu mengubah dirinya yang dulu begitu aib mendedahkan batang tubuhnya kepada umum, sekarang dia memilih hijab para mukminah di zaman Nabi S.A.W. yakni purdah. 

Peningkatan amalan yang sangat membanggakan dan mendapat restu serta sokongan suami tercinta. 

sumber: American magazine
penterjemah: mmt (dengan bantuan kamus oxford) n___n

MMT~

No comments:

Post a Comment