Friday 15 November 2013

ya robbi Allah...fatohirni qalbi~

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman...

                                                       
Ketika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah.
Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah.
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.
Ikhlaskan semuanya & dekatlah padaNya.

Agar tunduk disaat yang lain angkuh,
Agar teguh disaat yang lain runtuh,
Agar tegar di saat yang lain terlempar..
Sesungguhnya padaMu tempat aku berserah.

Tak sedar mengabaikan perasaan,
Senyuman untuk kebahagiaan..
Namun menahan kesakitan.

Tak semua mengerti erti sebenar,
Hanya diri dan DIA yang endah..
Biar kosong tiada erti,
Aku simpan jadi indah.

Mata bisa melihat, Mulut bisa bicara,
Tapi hati tidak mengerti,
Apa yang tersirat hatta tersurat,

Diri tidak minta simpati,
Tidak minta dipeduli,
Terpulang pada diri,
Jika ada yang memahami,
Itu kurniaan Ilahi.

Keliru dengan kehidupan,
Namun tekad hati minta kurniaan,
Tuhan, berikan ketabahan,
Pada diri yang kian lemah.

Diberi nikmat sakit hanya berganti hari,
Namun nikmat sihat bertahun abad,
tanda diri diuji,
Mohon diberikan Kekuatan.


Ya Allah, Kau lebih mengetahui....
Dilangit dan dibumi,
Diri ini hanya Hamba yang sentiasa meminta dariMu,
lindungi diri dalam kebaikan mahupun keburukan,
Berikan ketabahan, berikan kekuatan...
Untuk sisa hidup yang kian tinggal.
Hanya PadaMu...
Allah Yang Maha Agung.
 
 

Tuesday 5 November 2013

hikmah bila diuji....

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..selawat dan salam buat junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman..

 Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!