Thursday 31 October 2013

niqab | salah guna | jahil | gedik

 Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman..

kali ini topik berbicaraan lebih berfokus pada niqob atau purdah atau ada nama lain..disini dijelaskan maksud niqob: Maksud Niqab | “a face veil covering the lower part of the face (up to the eyes) worn by Muslim women” (sumber). Niqab atau Purdah ialah kain yang digunakan untuk menutup sebahagian muka dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Ada pelbagai jenis dan cara pemakaian. Ada purdah arab, purdah melayu etc. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang pada definisi dan perincian niqab ini. Saya kira ramai sudah sedia maklum apa itu niqab. Saya juga tidak akan membahaskanhukum pemakaian niqab dan juga khilaf-khilafnya.

Artikel kali ini lebih kepada pendapat saya sekitar fenomena pemakai niqab yang sedikit tergedik-gedik kebelakangan ini. Bukan semua gedik tetapi ada yang gedik. Fenomena ini saya ingin kategorikan sebagai penyakit. Ya, penyakit ummah terkini.

Fenomena Gadis Niqab
Sekarang ni saya perasan ramai muslimah-muslimah terutamanya di Malaysia semakin tertarik untuk mengamalkan Islam dalam hidup mereka. Alhamdulillah. Antara yang ketara ialah keinginan untuk memakai niqab atau purdah. Ini merupakan satu penghijrahan yang besar dan anda semua layak untuk mendapat ucapan tahniah! Saya mendoakan anda semua terus thabat dan mujahadah dalam menghidupkan Islam dalam diri.
Namun, Niqabis gedik juga turut dikesan!
Berlambak gambar-gambar muslimah berniqab di Facebook hari ini. Nak pose dan gaya macam mana? Cakap sahaja, semua ada! Gambar baru lepas makan dan upload gambar.”Hihihi..muka baru kekenyangan lepas makan. Alhamdulillahh..rezeki Allah” Aw aw aw~
Gedik itu bukan sekitar gambar-gambar sahaja namun turut serta status,ayat-ayat serta cara berinteraksi dengan lelaki ajnabi. Ada yang berbalas-balas komen dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik. Haih.

Saya Anti Niqabis?

Sama sekali tidak! Saya bukan anti niqab dan bukan benci mereka yang memakai niqab. Kerana saya sayang akan golongan inilah saya terdetik untuk melontarkan pandangan dan saranan saya ini.

Jadi, saya bukan anti niqabis!bahkan saya juga muslimat yang berniqob.

Dimana Silapnya?

Saya pun tidak pasti dimana salahnya. Bagaimana fenomena ini boleh menular dengan laju dalam masyarakat hari ini. Cuma sedikit sebanyak saya tertarik untuk mengaitkan isu ini dengan fenomena cinta islamik yang juga hebat membadai sekarang. Remaja kita pada hari ini disuap dengan pelbagai bahan bacaan yang berunsur cinta yang kononnya islamik. Buktinya, Producer-producer filem juga tidak terlepas pandang akan fenomena menarik ini lalu mereka berlumba-lumba menghasilkan filem-filem cinta islamik seperti 7 Petala Cinta dan banyak lagi filem seumpama ini.

- Artis yang berlakon dalam cerita cinta islamik ramai yang pakai niqab. Perkara ini nampak cool dan remaja pun eksited nak meniru. Apabila artis menjadi idola/tuhan. Haih
Remaja kita kini hanyut dalam cinta islamik. Maka mereka cuba mengamalkan islam yang dicorak dan dipandu oleh novel-novel dan kisah-kisah cinta romantik islamik itu. Maka lahirlah niqabis yang update status Facebook mereka yang berbunyi seperti:

” Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku”
Gambar koleksi-koleksi buku mereka yang di upload di Facebook juga cukup signifikan menggambarkan ‘bahan tarbiah’ mereka. Kebanyakannya cintan cintun belaka. Cinta tidak salah namun ianya bukan benih yang sepatutnya disemai dalam usaha memahami Islam dan beramal dengannya. Lagi-lagi cinta antara lelaki dan perempuan.

Tambahan: Mungkin kerana terpengaruh dengan novel-novel cinta islamik ini maka mereka memakai purdah untuk menyambut bakal-bakal imam seperti saya (suka gadis berniqab). Ok gurau. LOL
Pesanan Buat Niqabis

Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya kagum dengan tahap mujahadah anda untuk istiqamah dalam memakai purdah. Teruskan dengan keputusan anda itu. Saya akan sentiasa doakan anda semua.

1) Semoga keputusan anda ini dipandu dengan niat untuk meraih redha Allah semata-mata. Bukan untuk sesiapa atau apa-apa.
2) Anda cantik! “There is no one in this earth more beautiful than a muslim woman who dresses to please Allah.” Ya, anda cantik jika anda lakukan ini semua semata-mata kerana Allah.
3) Jagalah akhlak anda dengan sebaik-baiknya kerana anda membawa imej Islam. Bahkan dengan anda memakai purdah itu, tanggungjawab anda lebih besar dalam menjaga imej Islam itu. Masyarakat akan memandang tinggi anda apabila anda berniqab dan tatkala ada sedikit khilaf atau kesalahan yang dilakukan oleh anda maka ia akan lebih berat dimata masyarakat sekeliling, kerana anda niqabis.
4) Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah yang sepatutnya. Dalami perihal aqidah,akhlak,fiqh dan cabang-cabang ilmu islam yang lain. Novel-novel cinta islamik tu, kurang-kurangkanlah ye. Bukan tak boleh tapi jangan sampai jadikan ‘kitab’ cinta itu rujukan amal anda.
5) Yang terakhir, ayuh kita menjadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana itulah sebaik-baik pakaian.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).

Pesanan Buat Daie

Saya langsung tidak menyalahkan naqabis yang gedik ini atas apa yang telah mereka lakukan. Namun, saya meletakkan 100% tanggungjawab ke atas para daie di Malaysia khususnya atas apa yang berlaku ini. Ini salah anda. Ini salah saya. Ini salah kita! Pasti ada silapnya pendekatan kita dalam menyampaikan islam sehingga apa yang diterima oleh mereka ialah Islam sebegini. Ayuh muhasabah dan perbaiki!

Friday 18 October 2013

andai kau tahu...


Andai lelaki tahu ~Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu waktu minta ditemani kesedihannya.

Andai lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan minta didekati
Sedih seorang perempuan minta didengari
Gembira seorang perempuan minta dikongsi.

Andai lelaki tahu.
Disebalik seribu satu rasa itu
Ada hati yang lembut
Bukan untuk ditantang bagai minyak yang penuh.
Bukan pula untuk dimanja..
Tapi sedikit berilah perhatian
Agar kasih itu terasa wujud
Walau kadang jarak berjauhan.

Andai lelaki tahu
Hati itu akan selalu bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkan cinta itu dihati lelaki
Bila saat jauh tanpa kabar berita.
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap dihati seorang perempuan
BIARPUN OMBAK ITU KERAS MENGHEMPAS
Takan sesekali PANTAI ITU BERUBAH..~
 

Thursday 17 October 2013

kenapa aurat perempuan lebih banyak dari lelaki?

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang..selawat dan salam atas junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...


 ........."kak tak boring ke asyik duk cakap pasal aurat?"....

.....tersenyum mendengar soalan adik....menzahirkan kebosanan mendengar kalam yang selalu ku tuturkan...lantas aku menuturkan kalam indah nabi kita berupa peringatan dan ancaman untuk kaum hawa.....

         "… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad).....

dan kemudian ku teruskan syarahanku...eh bukan syarahan sebenarnya tapi lebih kepada penerangan semoga pendengar lebih terang dan jernih...insyaallah...

   Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita,seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya?    Kenapa?”





“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


wanita sangat sempurna...alhamdulillah i'm a woman young adult 

mMt~