Wednesday 13 August 2014

cara menolak tarikan terkejar-kejar urusan dunia

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang,
selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman

Hari ini 17 syawal
...Allahuakhbar walillah hilhmd, sudah berbulan-bulan lamanya blog ini tidak terisi, kali ini suka MMT kongsikan satu artikel yang sangat baik untuk pengisian rohani kita, iaitu "cara menolak tarikan terkejar-kejar urusan dunia" tajuk ini sangat menarik bagi saya, kita saban hari disibukkan dengan urusan dunia hingga kita leka dan meringan-ringankan urusan akhirat yang sebenarnya lebih utama untuk kita..allahurobbi..

Pernahkah suatu hari kita terasa terkejar-kejar untuk berbuat sesuatu? Apabila mula satu perkara, rasa nak mulakan yang lain, namun yang sedang buat masih tidak siap. Akhirnya tiada satu pun yang siap dengan baik. Kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia.
Bismillah. Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, serta para sahabat baginda.

Maksud Berkat

Dari segi bahasa berkat atau “barakah” bermaksud bertambah dan berkembang. ia menunjukkan ‘kebaikan yang banyak’ – petikan Berkat @ Barakah daripada Ustaz Khairul Aznan
Selama ini kita sering terbaca, dengar tentang rezeki yang berkat. Rezeki yang berkat akan buat kita dapat agih-agihkan kepada orang lain walau ia sedikit. Kita rasa berlimpahan walau sedikit.
Firman Allah S.W.T. adalah perkara yang terjadi apabila Allah memberkati kita:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkankepada mereka berkah dari langit dan bumi, (kemakmuran) tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka (dengan kemiskinan dan kekacauan ) disebabkan perbuatannya.” (Surah Al-‘Araf: 96)

Keberkatan Al Quran

Ada seorang ulama berguru kepada seorang guru. Beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain. Gurunya berpesan :
“Jangan tinggalkan membaca Al Qur’an. Semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah.”
Dan muridnya pun. Dia membaca Al Qur’an 3 juz pada tiap hari. Dia menambahkan hingga 10 juz pada tiap hari. Dan urusannya semakin mudah. Allah yang mengurus semua urusannya. Waktu pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkah adalah kesempatan untuk melakukan amal baik.

Surah Yasin – surah berkesan rungkaikan tarikan tergesa-gesa dengan urusan dunia

Saya peroleh saranan ini daripada sifu saya. Suatu hari saya rasa saya banyak buat kerja tetapi rasa kerja itu banyak sia-sia. Lantas, setelah bertanya, beliau menyarankan baca surah Yasin di waktu pagi – sebelum meneruskan urusan dunia.
Alhamdulillah setelah amalkan beberapa hari, saya tidak lagi rasa terkejar-kejar buat sesuatu. Saya rasa lebih tersusun dan banyak perkara yang penting saya dapat selesaikan dengan baik. Saya lebih banyak menguruskan hal-hal yang penting dan lebih baik. Insya-Allah.
Andai saya tak buat dalam sehari, saya akan rasa saya terkejar-kejar semula. Itu antara ibrah (pengajaran) yang saya dapat. 

semoga artikel yang MMT kongsikan disini menjadi manfaat untuk kita semua insyaALLAH :)

Mmt~

Sunday 2 March 2014

biarkanlah ia berlalu pergi...

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman...


Alhamdulillah, Syukur pada Allah SWT masih diberikan peluang untuk terus bernafas dan meneruskan hidup meskipun jauh dari keluarga tercinta terpisah dengan laut cina selatan...demi mencari lautan ilmu di bumi barokah Kelantan Darul Naim...sungguh cepat masa berlalu...rasanya baru semalam tabir tahun 2013 dilabuhkan dan tabir  permulaan tahun 2014 disingkap...rasanya terlalu pantas masa itu berlalu...kini umat manusia seluruh dunia meniti bulan march...Allah robb begitu pantas...tahun ni dah masuk semester 6 di ambang akhir tahun pengajian...semakin sibuk..

moga Allah permudahkan perjalanan ini...Ya muqallibal qulub tetapkan hati ini untuk terus istiqamah dalam apa jua yang diperjuangkan untuk mencari redhamu...kali ini aku berazam untuk melakukan lonjakkan paradigma...yes Ican do it...in permission  of Allah...

biar pahit, life must go on.. keep calm and zikir :)

Mmt~



Wednesday 19 February 2014

jom tiru cara rasulullah habibina n_n

Bismillah ..

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Apabila masakan/minuman yang dikacau mengikut lawan putaran jam membuatkan ia lebih sebati dan lebih berperisa. Kacaulah ikut anti-clockwise, pusingan tu akan memberikan tenaga positif bagi makanan/minuman itu.

:: Hukum Tangan Kanan ::

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. 

Apa lagi benda yang mengikut arah putaran lawan jam?

- Tawaf dalam ibadah haji mengikut arah lawan jam
- Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam
- Peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam
- Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam
- Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam
- Galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam
- Arah putaran puting beliung
- Pusingan atom mengelilingi nukleus

Subhanallah!
Semoga ada manfaatnya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّ





mmt~

Wednesday 4 December 2013

kepada yang bujang kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Dengan nama Allah yang Maha pengasih Dan Maha Penyayang, selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman...

sejak akhir-akhir ini, acap kali dengar khabaran ada sahabat bakal menuju ke jenjang pelamin, dan ada juga yang selamat diijab qabul...Alhamdulillah! barakallahulakuma :) kepada yang berniat kearah baitul muslim...kukuhkan tekad, jangan ragu dan terus melangkah kehadapan. Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.


Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Friday 15 November 2013

ya robbi Allah...fatohirni qalbi~

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman...

                                                       
Ketika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah.
Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah.
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.
Ikhlaskan semuanya & dekatlah padaNya.

Agar tunduk disaat yang lain angkuh,
Agar teguh disaat yang lain runtuh,
Agar tegar di saat yang lain terlempar..
Sesungguhnya padaMu tempat aku berserah.

Tak sedar mengabaikan perasaan,
Senyuman untuk kebahagiaan..
Namun menahan kesakitan.

Tak semua mengerti erti sebenar,
Hanya diri dan DIA yang endah..
Biar kosong tiada erti,
Aku simpan jadi indah.

Mata bisa melihat, Mulut bisa bicara,
Tapi hati tidak mengerti,
Apa yang tersirat hatta tersurat,

Diri tidak minta simpati,
Tidak minta dipeduli,
Terpulang pada diri,
Jika ada yang memahami,
Itu kurniaan Ilahi.

Keliru dengan kehidupan,
Namun tekad hati minta kurniaan,
Tuhan, berikan ketabahan,
Pada diri yang kian lemah.

Diberi nikmat sakit hanya berganti hari,
Namun nikmat sihat bertahun abad,
tanda diri diuji,
Mohon diberikan Kekuatan.


Ya Allah, Kau lebih mengetahui....
Dilangit dan dibumi,
Diri ini hanya Hamba yang sentiasa meminta dariMu,
lindungi diri dalam kebaikan mahupun keburukan,
Berikan ketabahan, berikan kekuatan...
Untuk sisa hidup yang kian tinggal.
Hanya PadaMu...
Allah Yang Maha Agung.
 
 

Tuesday 5 November 2013

hikmah bila diuji....

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..selawat dan salam buat junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman..

 Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!



Thursday 31 October 2013

niqab | salah guna | jahil | gedik

 Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman..

kali ini topik berbicaraan lebih berfokus pada niqob atau purdah atau ada nama lain..disini dijelaskan maksud niqob: Maksud Niqab | “a face veil covering the lower part of the face (up to the eyes) worn by Muslim women” (sumber). Niqab atau Purdah ialah kain yang digunakan untuk menutup sebahagian muka dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Ada pelbagai jenis dan cara pemakaian. Ada purdah arab, purdah melayu etc. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang pada definisi dan perincian niqab ini. Saya kira ramai sudah sedia maklum apa itu niqab. Saya juga tidak akan membahaskanhukum pemakaian niqab dan juga khilaf-khilafnya.

Artikel kali ini lebih kepada pendapat saya sekitar fenomena pemakai niqab yang sedikit tergedik-gedik kebelakangan ini. Bukan semua gedik tetapi ada yang gedik. Fenomena ini saya ingin kategorikan sebagai penyakit. Ya, penyakit ummah terkini.

Fenomena Gadis Niqab
Sekarang ni saya perasan ramai muslimah-muslimah terutamanya di Malaysia semakin tertarik untuk mengamalkan Islam dalam hidup mereka. Alhamdulillah. Antara yang ketara ialah keinginan untuk memakai niqab atau purdah. Ini merupakan satu penghijrahan yang besar dan anda semua layak untuk mendapat ucapan tahniah! Saya mendoakan anda semua terus thabat dan mujahadah dalam menghidupkan Islam dalam diri.
Namun, Niqabis gedik juga turut dikesan!
Berlambak gambar-gambar muslimah berniqab di Facebook hari ini. Nak pose dan gaya macam mana? Cakap sahaja, semua ada! Gambar baru lepas makan dan upload gambar.”Hihihi..muka baru kekenyangan lepas makan. Alhamdulillahh..rezeki Allah” Aw aw aw~
Gedik itu bukan sekitar gambar-gambar sahaja namun turut serta status,ayat-ayat serta cara berinteraksi dengan lelaki ajnabi. Ada yang berbalas-balas komen dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik. Haih.

Saya Anti Niqabis?

Sama sekali tidak! Saya bukan anti niqab dan bukan benci mereka yang memakai niqab. Kerana saya sayang akan golongan inilah saya terdetik untuk melontarkan pandangan dan saranan saya ini.

Jadi, saya bukan anti niqabis!bahkan saya juga muslimat yang berniqob.

Dimana Silapnya?

Saya pun tidak pasti dimana salahnya. Bagaimana fenomena ini boleh menular dengan laju dalam masyarakat hari ini. Cuma sedikit sebanyak saya tertarik untuk mengaitkan isu ini dengan fenomena cinta islamik yang juga hebat membadai sekarang. Remaja kita pada hari ini disuap dengan pelbagai bahan bacaan yang berunsur cinta yang kononnya islamik. Buktinya, Producer-producer filem juga tidak terlepas pandang akan fenomena menarik ini lalu mereka berlumba-lumba menghasilkan filem-filem cinta islamik seperti 7 Petala Cinta dan banyak lagi filem seumpama ini.

- Artis yang berlakon dalam cerita cinta islamik ramai yang pakai niqab. Perkara ini nampak cool dan remaja pun eksited nak meniru. Apabila artis menjadi idola/tuhan. Haih
Remaja kita kini hanyut dalam cinta islamik. Maka mereka cuba mengamalkan islam yang dicorak dan dipandu oleh novel-novel dan kisah-kisah cinta romantik islamik itu. Maka lahirlah niqabis yang update status Facebook mereka yang berbunyi seperti:

” Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku”
Gambar koleksi-koleksi buku mereka yang di upload di Facebook juga cukup signifikan menggambarkan ‘bahan tarbiah’ mereka. Kebanyakannya cintan cintun belaka. Cinta tidak salah namun ianya bukan benih yang sepatutnya disemai dalam usaha memahami Islam dan beramal dengannya. Lagi-lagi cinta antara lelaki dan perempuan.

Tambahan: Mungkin kerana terpengaruh dengan novel-novel cinta islamik ini maka mereka memakai purdah untuk menyambut bakal-bakal imam seperti saya (suka gadis berniqab). Ok gurau. LOL
Pesanan Buat Niqabis

Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya kagum dengan tahap mujahadah anda untuk istiqamah dalam memakai purdah. Teruskan dengan keputusan anda itu. Saya akan sentiasa doakan anda semua.

1) Semoga keputusan anda ini dipandu dengan niat untuk meraih redha Allah semata-mata. Bukan untuk sesiapa atau apa-apa.
2) Anda cantik! “There is no one in this earth more beautiful than a muslim woman who dresses to please Allah.” Ya, anda cantik jika anda lakukan ini semua semata-mata kerana Allah.
3) Jagalah akhlak anda dengan sebaik-baiknya kerana anda membawa imej Islam. Bahkan dengan anda memakai purdah itu, tanggungjawab anda lebih besar dalam menjaga imej Islam itu. Masyarakat akan memandang tinggi anda apabila anda berniqab dan tatkala ada sedikit khilaf atau kesalahan yang dilakukan oleh anda maka ia akan lebih berat dimata masyarakat sekeliling, kerana anda niqabis.
4) Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah yang sepatutnya. Dalami perihal aqidah,akhlak,fiqh dan cabang-cabang ilmu islam yang lain. Novel-novel cinta islamik tu, kurang-kurangkanlah ye. Bukan tak boleh tapi jangan sampai jadikan ‘kitab’ cinta itu rujukan amal anda.
5) Yang terakhir, ayuh kita menjadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana itulah sebaik-baik pakaian.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).

Pesanan Buat Daie

Saya langsung tidak menyalahkan naqabis yang gedik ini atas apa yang telah mereka lakukan. Namun, saya meletakkan 100% tanggungjawab ke atas para daie di Malaysia khususnya atas apa yang berlaku ini. Ini salah anda. Ini salah saya. Ini salah kita! Pasti ada silapnya pendekatan kita dalam menyampaikan islam sehingga apa yang diterima oleh mereka ialah Islam sebegini. Ayuh muhasabah dan perbaiki!