Thursday 25 October 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang...
karya asli: MMT

....lewat petang, berada di salah sebuah pusat membeli belah dinegeri serambi mekah Kota Bharu klate bandar islam...tujuan utama sebenarnya beli tiket untuk ke terengganu...al maklumlah esok semua ummat islam sunni (including me) akan menyambut hari raya aidil adha diperantauan....tapi nasib tidak berpihak pada ku dan dua orang sahabat menuju destinasi sama...kenapa??? tiket HABIS!!! allahuakhbar nampaknya raya kali ini kami akan beraya dikota bharu...semua  takdirNya  semestinya ada seribu satu hikmah...tatkala dengar tiket habis, seperti biasa ana agak selamba senyum saja....dua lagi sahabat ana memandang antara satu sama lain...

 "ukhti, terimalah kenyataan kita sambut raya kali ini dikelatan" (loghat klate)

ditengah keramaian manusia memenuhi ruang pusat membeli belah, kedengaran suara anak kecil sekitar usia 6 tahun bertanya pada ibunya  " umi esok hari raya? raya ape? nak sebelih lembu ke mi? kenape?..." bertalu-talu soalan diajukan pd si ibu belum sempat pun dijawab satu soalan. menjawab pada persoalan anak kecil tadi...umat islam akan merayakan Hari Raya Aidil Adha.

     Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

    Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



 

    Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri. Berbahagialah bagi sesiapa dapat beraya bersama sanak saudara semestinya lebih meriah.







 Yang tak beraya dengan keluarga, sambut raya diperantauan, jangan sedih- sedih...sebab dimana pun kita berada, kita tidak akan bersendirian, sebab semua umat islam kan bersaudara, dan ALLAH sentiasa bersama kita.. :) (senyum sokmo deh!!)






MMT








2 comments:

  1. selamat menyambut hari raya aidil adha semua :)

    ReplyDelete
  2. masa yan dlm pjalann utk ziarah keluarga kwn di klntn.. yan dpt satu msg aidil adha..dalam tu.. dia menceritakan sebuah pengorbanan y diberikan oleh nabi kita..
    tak terjangkau diri ini utk mlakuakan sperti itu.. ia mnunjukkan lemahny cinta ini brbndg cinta mereka..
    jika mereka dpt mgkorbankan diri dan anak y mereka cintai.. kit dpt mgorban kn ape??dinosis iman..

    ReplyDelete