Tuesday 30 October 2012

awak sedia bersama saya hingga ke jannah Nya?


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

MERIAH!!  hari barokah  jumaat penghulu segala hari, bermulalah episod baru sebuah kehidupan antara  Fatimah dan Ali. Bila sang adam mula mengikat janji  “mitsaqon gholiizo” (perjanjian teguh) keatas  diri sang hawa... maka bermulalah perkongsian hidup dua insan seumur hidupnya....seumur hidup??....sejauhmana kebenaran kenyataan saya tentang perkongsian hidup bersama seumur hidup....dipersoalkan...kenapa? sebab realitinya terlalu ramai yang kecundang...mempertahankan pernikahan tak semudah menikah.



...............................................................................................................................................
      Saya masih belum berumah tangga. Tapi saya suka belajar dan merenung fenomena yang terjadi di sekeliling saya...mungkin sebab jarang bercakap, tapi banyak memerhati dan berfikir...kenapa jadi begitu dan begini??
   
      Dimana tercetunya idea penulisan ini bila saya  mendengar  berita-berita penceraian hanya disebabkan perkara yang remeh...mungkin tak semudah yang saya bayangkan....
  
    Apa sebenarnya yang menjadi  kekuatan suami isteri itu kalaulah suatu hari nanti rumahtangga yang penuh warna-warni ditambah ceria gelak tawa anak-anak tiba-tiba bertukar suram, dan kelam dan warna-warni kehidupan yang dipertahankan tadi  hilang tidak berganti?? Lebih-lebih lagi bila pasangan yang memilih untuk nikah awal...tempoh rumahtangga akan semakin panjang...


      Lantaran isu lambakkan penceraian berlaku pada hari ini berlaku apabila cinta yang dipasakkan itu roboh, lazimnya apabila tempoh bulan madu indah sudah berlalu. Maka timbullah rasa bosan, jemu, terlihat kekurangan pasangan, muncul percikkan api perselisihan sehingga menjadi api besar dan memebara, kecantikkan  sang isteri mula pudar dek dimamah usia dan sang suami pula tertarik dengan kecantikkan hawa lain yang berjaya mencuri perhatiannya.

 

     Keadaan rumahtangga  tidak akan  sentiasa tenang. Ia akan berkocak dihempas ombak ganas, ribut taufan akan sentiasa mengintai untuk menguji. Malah pasangan kita bukan robot yang  mempunyai perasaan yang statik kebaikkannya....kita akan berhadapan denga emosinya dan nafsunya. Mereka manusia biasa yang ada jatuh bangunnya dan akan tua hilang cantikknya bila dimakan usia.

     Jadi apa kekuatan yang kita perlu untuk tidak putus-putus  bersama dengan pasangan  pasangan kita dengan izin Allah ??

 

                                       PASAKKAN CINTAMU ATAS DASAR TAQWA


        Cintai  (dia) dengan taqwa...takwa akan membuatkan kita takut melakukan maksiat pada ALLAH dengan menzalimi pasangan kita.

    Takwa akan membuatkan kita sentiasa mahu sediakan yang terbaik sebab kita yakin ganjaran pahala daripada Allah dan balasannya Syurga  yang didalamnya ada dua buah mata air yang memancar (surah ar-rahman :50) bukan melihat nikah itu sebagai tiket untuk berseronok-seronok.
     
     Taqwa membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk menyuburkan rasa cinta...meskipun terkadang api cinta semakin malap...sebab kita tahu tuntutan untuk mencintai pasangan itu ibadah bila disandarkan kerana Allah.
     
         Takwa akan menjadi kanta kita untuk melihat pernikahan itu sebagai sebahagian kewajipan sebagai  seorang muslim sebab agama kita tidak menolak fitrah. Yang dah khawin, laluinya dengan sabar terhadap diri sendiri, dan ikhlas terhadap pasangan...penuh syukur dan iman  jangan biarkan yang manis itu hanya pada tahun pertama perkhawinan tapi biar yang manis itu sepanjang tahun perkongsian hidup.



Tapi macam mana pulak nak raih taqwa ni ??

      Kembali pada Allah...bila ada masalah kembali pada agama insyaAllah kau temui penyelesaian. Tidak mungkin kita temui taqwa bila hubungan dengan Allah lemah..

Mawaddah : “cinta seorang lelaki kepada isterinya” dan rahmah itu membawa erti cinta itu rahmah bukan menbawa kepada derita dan mengalami kesusahan.

Cinta dan kasih sayang itu bukti kebesaran Allah  (al-anbiya’ : 30) dialah yang cipta pasangan2 lelaki dan wanita untuk saling cenderung, saling mententeram serta salaing melengkapi. Itulah fitrah penciptaan.  Wallahualam......

"semoga tangan yang digenggam ketika majlis itu akan digenggam seerat-eratnya, sesungguh-        sungguhnya dan selama-lamanya iAllah" n___n



Coretan tinta bukan dari kacamata ustazah untuk perkongsian bersama

MMT


No comments:

Post a Comment