Thursday 15 November 2012

bukan aku tidak peduli

Dengan nama Allah Yang maha pengasih Dan maha Penyayang
Segala puja dan puji hanya bagiNya yang mentadbir seluruh alam
selawat dan dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...


Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

   Duhai saudaraku, sedih hatiku mendengarkan khabaran mu disana, para wanita dirogol dan dibunuh, diperlakukan seperti binatang....para pemuda dipenjara bahkan penjara itu tidak layak didiami sekalipun binatang...allahurobbi, anak-anak kecil yang sepatutnya mengenali dunia mereka, zaman kanak-kanak yang sepatutnya berwarna-warni tapi semua kelam gelap suram tanpa cahaya....

    Duhai saudaraku, maafkan aku dan semua saudara-saudara disini (malaysia) bukan tidak peduli tentang kesengsaraanmu disana, tapi apalah kudarat kami untuk bersama dengan mu...insyaALLAH kami semua bersamamu...tidak akan kami lupakan kamu semua dalam doa-doa kami...percayalah 
pejuanganmu juga menjadi perjuangan kami....allahuakhbar selamatkan saudara kami disana...
(wa la tansina bidoaikum).....


                                                           Biar Gambar berbicara~



Salah seorang kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa pengeboman serangan zionis di Semenanjung Gaza.









As-syahid, seorang kanak-kanak kecil berusia 11 bulan. 
الطفل الشهيد احمد المشهراوي "11 شهراً"









                                           

Bayi kecil berusia 5 bulan, Fuad Hararah mengalami kecederaan akibat pengeboman zionis di As-Shujaieyah
Zionis tidak membezakan kecil atau besar. Apa salah bayi ini meskipun masih dalam susuan?




 
Foto: Salah seorang warga zionis yang terbunuh dalam serangan roket di Kiryat Malakhi, selatan tanah jajahan 1948.

'Yang hidup pasti akan mati'




Foto: As-Syahid Ahmad Ja'bari atau gelarannya Abu Muhammad.

'Semoga beroleh syahid untuknya'

Sumber:
Hani Saleem



Sumber:
14/11/2012, web berita Irarab
Sebahagian kawasan di Semenanjung Gaza.
Sumber:
Wassyla Hayat












 Foto: Sebuah tanah lapang bertentangan dengan bangunan Majlis Legislatif Palestin (parlimen) yang dibom pada pagi tadi.
حسبنا الله ونعم الوكيل












Saat waktu telah tiba, buaian mimpi mula enak terasa .. janganlah lupakan mereka, mungkin mereka juga lena tetapi dalam keadaan penuh gerhana. Lena kita?

                                             anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman...


                                                            bayi yang tidak berdosa hangus terbakar


                        Foto: Fenomena trauma serangan roket memaksa seorang warga zionis bertindak sedemikian bagi menyelamatkan diri dari serangan roket.
Rakaman ini di selatan Hertzaliya.
                                           


                               Gugurnya para mujahid demi agama kita....syurga bagi mu
                                           


Foto: As-Syahid Muhammad Al-Hums, salah seorang pengiring As-Syahid Ahmad Ja'bari yang turut menjadi mangsa pengeboman zionis


As-syahid Ahmad Ja'bari, Naib Komander Tertinggi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.


Foto: Asy-syahid Khalid Abu Nasr, salah seorang tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM yang menjadi sasaran serangan terbaru zionis di utara Semenanjung Gaza

 


Pilu hati melihat sehelai tshirt yang terpalit dengan darah. Pada waktu kejadian, Ahmad Younis Abu Daqqa berusia 13 tahun bermain bola sepak dekat dengan rumahnya.

Tshirt yang tertera Real Madrid adalah impiannya, setiap hari disarung dan setiap kali juga, dia sentiasa mahu tahu sejarah Real Madrid.

Namun, musuh yang akal dan jiwanya tersarat dengan keganasan tidak mengenal siapa mangsa. Semasa bermain bola sepak, Ahmad tidak menggalas senjata, sekalipun bom juga tidak hanya bola sepak..bola sepak tetapi deruan enjin helikopter zionis begitu riak tanpa apa-apa kewajaran, dimuntahkan tembakan hasil akal yang jahat..lalu bedilan tersebut merayap ke tubuh Ahmad.

Dia telah menemui syahid. Rumah keluarganya telah sunyi dari suaranya dan Real Madrid juga telah kehilangan seorang peminat kecil.

Semoga as-syahid dicucuri rohnya dan menanti ibu-bapanya di pintu syurga.







(Pemandangan pada waktu siang) 'As-Safina', bekas pejabat perisikan Palestin yang tersergam indah. Waktu ini, sebelum perang Gaza 2008 - 2009 dan serangan-serangan sebelumnya.










(Pemandangan pada waktu siang) 'As-Safina', bekas pejabat perisikan Palestin yang kerap kali dibom.




Semoga mereka tetap tabah mempertahankan tanah-tanah dan maruah umat Islam
sama-sama kita doakan kemenangan untuk saudara kita menjunjung agama kita biar panji-panji islam terus berkibar di bumi haram milik Allah... takbir!!!

"Allahumma suril islam wal muslimin wal mujahidin fi Falestin wafi Syiria wafi Iraq wafi Rohingya wafi Indonesia wafi Malaysia wafi kullizamanna wafi kullimakan..."

mmt~




No comments:

Post a Comment