Tuesday, 9 July 2013

universiti tarbiyyah...ma'a usroti habibati :)


   Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang...selawat dan salam untuk junjungan nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...

   sudah berbulan lamanya tiada coretan dilaman blog ini, fuhhhh!!! tiup habuk yang menempek, dan sesawang...dek kerana lamanya jari jemari tidak menzahirkan nukilan dihati... alhamdulillah hari ini 1 ramadhan,  dan genaplah 3 hari berada dibumi bawah bayu tanah kelahiran... :) kegembiraan jelas terpancar diwajah mulusku.....hati ini berlagu memainkan ritma riang bahagia bersama keluarga tercinta....menyambut bulan mulia bersama...


   Suka Mmt kongsikan, antara amalan yang disukai Rasulullah dibulan ramadhan. mungkin sudah ramai yang tahu dan lebih faqih dari Mmt tapi tak salah jika kita ingin terus sebarkan ilmu yang sedikit untuk amalkan bersama... :)





AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)

1)  Membaca Al-quran
   
 Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

2) Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi) 
3) Qiamullail
  
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)
4) Solat tarawih
   
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
5)Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari)
6)Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. 
selamat beramal...recharge Iman :)                                                                                   mmt~


 


        

Tuesday, 9 April 2013

jom cakna logo HALAL

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha penyayang
Selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita Muhammad bin Abdullah yang mulia suri teladan sepanjang zaman rahmatan lil 'alamin...


Coretan halaman kali ini suka bagi Mmt berkongsi tentang logo halal...logo yang selalunya ada pada pembungkus makanan yang dijual dipasaran untuk meyakinkan pembeli dan pengguna produk yang dibeli sememngnya sudah disahkan halal oleh pihak-pihak yang berwajib. Nmpak macam remeh tapi ketahuilah bahawa terdapat beberapa logo tiruan yakni seakan-akan logo original.

HALAL
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak syarak atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.





"yang HALAL itu jelas dan yang HARAM itu jelas"

semoga bermanfaat... ^_^


Mmt~

Sunday, 7 April 2013

..."dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan"... (2:191)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita yang mulia Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman....rahmatan lil alamin...

innalillah...innalillah innalillah....kebatilan terus mencamtum tembok-tembok fitnah sebagai benteng kukuh untuk memperkuatkan lagi kebatilan....wahai manusia, lihat lah dengan mata hati....kelak suatu hari nanti kebatilan akan hancur lebur dengan kemenangan al-haq!!!












saya sayang tok guru!!

...."dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata....." (2:193)

Mmt~


Saturday, 6 April 2013

puteri quraisy yang istimewa, melahirkan zuriat yang membawa cahaya rahmat ke seluruh alam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman.....


   Kali ini Mmt ingin berkongsi sosok mulia yang Mmt kagumi dan semua muslimin dan muslimat yang pernah menyoroti kisah hidup beliau, siapa dia sebenarnya yang Mmt maksudkan ialah Aminah binti Wahab yang mulia. 

    diceritakan disini, beliau dibesarkan oleh ayah saudara beliau iaitu Wuhaib bin Abdul Manaf seorang pembesar mekah yang sangat dihormati. Aminah ditakdirkan yatim piatu sejak kecil. sewaktu kecil beliau disayangi ramai, kanak-kanak yang sebaya dengannya suka berkawan dan mengajak Aminah bermain...

   "Wahai Aminah marilah bermain bersama kami. Ayuh kita bermain-main bersama." jerit salah seorang daripada mereka dari luar rumah aminah. 

 Aminah merupakan kanak-kanak yang sangat comel sehingga menjadi perhatian penduduk mekah, dan mendapat pujian pada setiap mata yang memandangnya. dikhabarkan bahawa Aminah juga seorang budak yang pandai bersyair. 

    "aminah khabarnya kamu ini pandai bersyair." kata salah seorang daripada kawan sepermainan aminah"

    Aminah tersipu malu pipinya merah. Dia mengangguk perlahan. kemudian meju kehadapan dan berdiri sedikit tinggi diatas bongkah batu lalu mendeklamasikan beberapa buah syair yang semua berkaitan dengan kebanggaan penduduk kota mekah, pujian, serta kemenangan serta kebesaran kabilah arab quraisy.



       maasa berlalu pantas kini aminah sudah dewasa. Aminah membesar menjadi perawan arab yang sangat cantik jelita. Kecantikannya menjadi idaman dan igawan pemuda-pemuda arab tika itu





"sekiranya aku mahu beristeri Aminah anak kepada Wahab daripada bani Abu Zuhrah itulah yang paling layak denganku" kata seorang pemuda dengan lagaknya.




   "kejelitaanmu bak bidadari dari kayangan" ungkap seorang penyair tatkala terpandang wajah Aminah.


setiap orang yang mengenali Aminah pasti akan berkata "beruntung siapa memperisterikan Aminah anak saudara Wuhaib. bukan saja cantik, bahkan sopan, cerdas dan bijak orangnya"

begitulah keindahan Aminah yang mulia, yang melahirkan insan agung, beliau adalah ibu kepada Muhammad bin Abdullah "rahmatan lil alamin"...

Mmt~



Thursday, 4 April 2013

penyakit menimpa atas perempuan tidak bertudung





Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...





     Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)
Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.
Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)


       Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.
Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.

      Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???
(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)


MMT~

Thursday, 28 March 2013

aku bermata empat

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...



assalamualaikum berhabuk dah blog ni, lamanya tak update dah berhabuk, hampir nak bersawang dah fuhhhh!!! tiup habuk yang menempek....kembali lagi menyelak halaman kosong yang seterusnya , mungkin ntah berapa kali aku bertinta , aku lupa hendak letak halaman muka surat . tidak mengapalah . cukup untuk aku tahu yang halaman-halaman lepas akan memperbaiki teknik menulis dengan lebih baik pada masa akan datang .

coretan kali ini berkisarkan diri aku yang sudah pun berwatak mata empat di dimensi realiti . ya , aku nampak sungguh janggal membetulkan kaca mata . sememangnya aku kurang gemar menambah koleksi mata yang sempurna sedia ada yang telah diciptakan Allah .




aku mula bermata empat sejak berusia 17 tahun, meskipun usia ku tika itu tidaklah terlalu muda, sebab ada lagi yang berusia jauh lebih muda dariku sudah menggunakan bantuan duamata berkaca. Dalam kalangan keluarga, hanya aku dan seorang adik perempuanku mengalami nasib yang sama. Meskipun kami perlukan mata berkaca untuk melihat dunia, tapi jarang-jarang sekali ku sarungkan hanya bila perlu. malas menyarungkan mata tambahan . biarlah aku menjadi separuh buta di alam  realiti ini . asalkan aku lebih selesa bergerak dengan wajah hanya sedap mata memandang di arena warna-warni ini . namun , alam yang aku sangkakan warna-warni itu , kurang nikmat kadar pencahayaannya . seolah-olah aku berasa kosong sebentar .


disebabkan diriku sangat tidak selesa dengan mata tambahan, aku cuba alternatif lain untuk menggantikan mata berkaca ini iaitu dengan menggunakan kanta lekap atau dikenali dengan 
'contact lens'alhamdulillah segala puji bagi Allah, terang benderang alam ini penuh dengan warna warni, dan yang lebih penting aku jauh lebih selesa.

pemandangan yang sempurna telah menghantar ku mendekati lautan api yang bergelora . aku melihat wanita . mendedahkan warna sulit yang haram disentuh kornea mata .
seolah-olah , mata ku menjerit dan mogok . menurunkan kuasa penglihatan kepada separuh . mujurlah tidak turun kepada kosong . aku tenang dan sedikit ceria .

 

aku bersyukur kepada si kecil ku di dimensi masa yang lain kerna tidak memahami permintaan ku ketika aku mengembara di medan masa . mungkin masa itu dia sedang leka menelaah hiburan .
setinggi-tinggi penghargaan kepada tuhan , kerna telah menentukan aku mempunyai sepasang mata yang mogok dan suka merajuk di kala melihat pemandangan warna yang hodoh semua yang Allah takdirkan ada hikmah besar disebaliknya. n_n



' sungguhpun manusia sukakan sesuatu tetapi sesuatu itu lah yang mendatangkan keburukan kepadanya , sungguhpun manusia benci akan sesuatu tetapi itu lah yang mendatangkan kesenangan kepada mereka , tuhan lebih mengetahui daripada apa yang engkau ketahui '









mMt~










Thursday, 17 January 2013

rinduku tertinggal diborneo.... n_n


بسم الله رحماني الرحم


hujan membasahi bumi kelantan 
sebasah hati ini...dihujani rindu
jauh ditempatkan berjuang..demi agama Allah
dan yang pastinya mencari lautan redha Illahi...


hilang aku dalam kekabut rindu...
rindu serindu-rindunya...
pada mak dan ayah yang jauh di sana
adik-adik, dan sahabat handai
dan juga pada......??? n_n  (biarlah rahsia)


antara wajah-wajah yang dirindu....



                                                     

                                                أبي

                      ------------------------------------> ayah



             أمي

<----------------------------------mak





















budak kecik yang selalu buat kecoh, menceriakan suasana rumah
my little sister actually... 


<------------------adik bongsu
شقيقة   



 أنا أحب  أسرة

 
 my family...i miss them so badly!!! :(






 yang ni pulak ahli baru dalam rumah ana.... :)
bertambah ceria lah rumah nampaknya.....
menjadikan hatiku makin tidak sabar mau balik... huaaaa!!!




MMt....