selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...
assalamualaikum berhabuk dah blog ni, lamanya tak update dah berhabuk, hampir nak bersawang dah fuhhhh!!! tiup habuk yang menempek....kembali lagi menyelak halaman kosong yang seterusnya , mungkin ntah berapa kali aku bertinta , aku lupa hendak letak halaman muka surat . tidak mengapalah . cukup untuk aku tahu yang halaman-halaman lepas akan memperbaiki teknik menulis dengan lebih baik pada masa akan datang .
coretan kali ini berkisarkan diri aku yang sudah pun berwatak mata empat di dimensi realiti . ya , aku nampak sungguh janggal membetulkan kaca mata . sememangnya aku kurang gemar menambah koleksi mata yang sempurna sedia ada yang telah diciptakan Allah .
aku mula bermata empat sejak berusia 17 tahun, meskipun usia ku tika itu tidaklah terlalu muda, sebab ada lagi yang berusia jauh lebih muda dariku sudah menggunakan bantuan duamata berkaca. Dalam kalangan keluarga, hanya aku dan seorang adik perempuanku mengalami nasib yang sama. Meskipun kami perlukan mata berkaca untuk melihat dunia, tapi jarang-jarang sekali ku sarungkan hanya bila perlu. malas menyarungkan mata tambahan . biarlah aku menjadi separuh buta di alam realiti ini . asalkan aku lebih selesa bergerak dengan wajah hanya sedap mata memandang di arena warna-warni ini . namun , alam yang aku sangkakan warna-warni itu , kurang nikmat kadar pencahayaannya . seolah-olah aku berasa kosong sebentar .
disebabkan diriku sangat tidak selesa dengan mata tambahan, aku cuba alternatif lain untuk menggantikan mata berkaca ini iaitu dengan menggunakan kanta lekap atau dikenali dengan
'contact lens'alhamdulillah segala puji bagi Allah, terang benderang alam ini penuh dengan warna warni, dan yang lebih penting aku jauh lebih selesa.
pemandangan yang sempurna telah menghantar ku mendekati lautan api yang bergelora . aku melihat wanita . mendedahkan warna sulit yang haram disentuh kornea mata .
seolah-olah , mata ku menjerit dan mogok . menurunkan kuasa penglihatan kepada separuh . mujurlah tidak turun kepada kosong . aku tenang dan sedikit ceria .
aku bersyukur kepada si kecil ku di dimensi masa yang lain kerna tidak memahami permintaan ku ketika aku mengembara di medan masa . mungkin masa itu dia sedang leka menelaah hiburan .
setinggi-tinggi penghargaan kepada tuhan , kerna telah menentukan aku mempunyai sepasang mata yang mogok dan suka merajuk di kala melihat pemandangan warna yang hodoh semua yang Allah takdirkan ada hikmah besar disebaliknya. n_n
' sungguhpun manusia sukakan sesuatu
tetapi sesuatu itu lah yang mendatangkan keburukan kepadanya ,
sungguhpun manusia benci akan sesuatu tetapi itu lah yang mendatangkan
kesenangan kepada mereka , tuhan lebih mengetahui daripada apa yang
engkau ketahui '
mMt~
No comments:
Post a Comment