selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...
Rasulullah bersabda, “Para wanita
yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok,
kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,”
Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung)
(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)
Kajian ilmiah kontemporari telah
mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat,
atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota
tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah
perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip
beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan
semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.
Sebab utama penyakit kanser ini adalah
pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari
dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang
mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka
dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah
melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan
mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir
Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman:
“Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an)
adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit
atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)
Dan sungguh telah datang azab yang pedih
ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu
adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini
merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet
dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai
(yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di
sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh
dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan
berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja,
kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata,
kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di
kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan
menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.
Dari sini, kita mengetahui hikmah yang
agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang
perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa
model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh
tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.
Semakin jelaslah bahawa pakaian yang
sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak
terkena “azab dunia” seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab
akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah
adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah
ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan
tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap
bertabarruj???
(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)
MMT~
No comments:
Post a Comment