Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..selawat dan salam buat junjungan Nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman..
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah
dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya
dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui
ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang
beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api,
lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala
sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian
bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul
Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung
ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat
golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang
sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan
kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai
orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan,
kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif
kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya.
Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai
satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk
meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah)
tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya
engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu
supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau
dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain
Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan
sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang
dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong
royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang
antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan
memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari
kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir
umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah
memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi
zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di
dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas.
Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah
– sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau
kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua
orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang
sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya
berada di dalam hati sendiri!
No comments:
Post a Comment