Thursday, 31 October 2013

niqab | salah guna | jahil | gedik

 Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman..

kali ini topik berbicaraan lebih berfokus pada niqob atau purdah atau ada nama lain..disini dijelaskan maksud niqob: Maksud Niqab | “a face veil covering the lower part of the face (up to the eyes) worn by Muslim women” (sumber). Niqab atau Purdah ialah kain yang digunakan untuk menutup sebahagian muka dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Ada pelbagai jenis dan cara pemakaian. Ada purdah arab, purdah melayu etc. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang pada definisi dan perincian niqab ini. Saya kira ramai sudah sedia maklum apa itu niqab. Saya juga tidak akan membahaskanhukum pemakaian niqab dan juga khilaf-khilafnya.

Artikel kali ini lebih kepada pendapat saya sekitar fenomena pemakai niqab yang sedikit tergedik-gedik kebelakangan ini. Bukan semua gedik tetapi ada yang gedik. Fenomena ini saya ingin kategorikan sebagai penyakit. Ya, penyakit ummah terkini.

Fenomena Gadis Niqab
Sekarang ni saya perasan ramai muslimah-muslimah terutamanya di Malaysia semakin tertarik untuk mengamalkan Islam dalam hidup mereka. Alhamdulillah. Antara yang ketara ialah keinginan untuk memakai niqab atau purdah. Ini merupakan satu penghijrahan yang besar dan anda semua layak untuk mendapat ucapan tahniah! Saya mendoakan anda semua terus thabat dan mujahadah dalam menghidupkan Islam dalam diri.
Namun, Niqabis gedik juga turut dikesan!
Berlambak gambar-gambar muslimah berniqab di Facebook hari ini. Nak pose dan gaya macam mana? Cakap sahaja, semua ada! Gambar baru lepas makan dan upload gambar.”Hihihi..muka baru kekenyangan lepas makan. Alhamdulillahh..rezeki Allah” Aw aw aw~
Gedik itu bukan sekitar gambar-gambar sahaja namun turut serta status,ayat-ayat serta cara berinteraksi dengan lelaki ajnabi. Ada yang berbalas-balas komen dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik. Haih.

Saya Anti Niqabis?

Sama sekali tidak! Saya bukan anti niqab dan bukan benci mereka yang memakai niqab. Kerana saya sayang akan golongan inilah saya terdetik untuk melontarkan pandangan dan saranan saya ini.

Jadi, saya bukan anti niqabis!bahkan saya juga muslimat yang berniqob.

Dimana Silapnya?

Saya pun tidak pasti dimana salahnya. Bagaimana fenomena ini boleh menular dengan laju dalam masyarakat hari ini. Cuma sedikit sebanyak saya tertarik untuk mengaitkan isu ini dengan fenomena cinta islamik yang juga hebat membadai sekarang. Remaja kita pada hari ini disuap dengan pelbagai bahan bacaan yang berunsur cinta yang kononnya islamik. Buktinya, Producer-producer filem juga tidak terlepas pandang akan fenomena menarik ini lalu mereka berlumba-lumba menghasilkan filem-filem cinta islamik seperti 7 Petala Cinta dan banyak lagi filem seumpama ini.

- Artis yang berlakon dalam cerita cinta islamik ramai yang pakai niqab. Perkara ini nampak cool dan remaja pun eksited nak meniru. Apabila artis menjadi idola/tuhan. Haih
Remaja kita kini hanyut dalam cinta islamik. Maka mereka cuba mengamalkan islam yang dicorak dan dipandu oleh novel-novel dan kisah-kisah cinta romantik islamik itu. Maka lahirlah niqabis yang update status Facebook mereka yang berbunyi seperti:

” Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku”
Gambar koleksi-koleksi buku mereka yang di upload di Facebook juga cukup signifikan menggambarkan ‘bahan tarbiah’ mereka. Kebanyakannya cintan cintun belaka. Cinta tidak salah namun ianya bukan benih yang sepatutnya disemai dalam usaha memahami Islam dan beramal dengannya. Lagi-lagi cinta antara lelaki dan perempuan.

Tambahan: Mungkin kerana terpengaruh dengan novel-novel cinta islamik ini maka mereka memakai purdah untuk menyambut bakal-bakal imam seperti saya (suka gadis berniqab). Ok gurau. LOL
Pesanan Buat Niqabis

Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya kagum dengan tahap mujahadah anda untuk istiqamah dalam memakai purdah. Teruskan dengan keputusan anda itu. Saya akan sentiasa doakan anda semua.

1) Semoga keputusan anda ini dipandu dengan niat untuk meraih redha Allah semata-mata. Bukan untuk sesiapa atau apa-apa.
2) Anda cantik! “There is no one in this earth more beautiful than a muslim woman who dresses to please Allah.” Ya, anda cantik jika anda lakukan ini semua semata-mata kerana Allah.
3) Jagalah akhlak anda dengan sebaik-baiknya kerana anda membawa imej Islam. Bahkan dengan anda memakai purdah itu, tanggungjawab anda lebih besar dalam menjaga imej Islam itu. Masyarakat akan memandang tinggi anda apabila anda berniqab dan tatkala ada sedikit khilaf atau kesalahan yang dilakukan oleh anda maka ia akan lebih berat dimata masyarakat sekeliling, kerana anda niqabis.
4) Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah yang sepatutnya. Dalami perihal aqidah,akhlak,fiqh dan cabang-cabang ilmu islam yang lain. Novel-novel cinta islamik tu, kurang-kurangkanlah ye. Bukan tak boleh tapi jangan sampai jadikan ‘kitab’ cinta itu rujukan amal anda.
5) Yang terakhir, ayuh kita menjadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana itulah sebaik-baik pakaian.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).

Pesanan Buat Daie

Saya langsung tidak menyalahkan naqabis yang gedik ini atas apa yang telah mereka lakukan. Namun, saya meletakkan 100% tanggungjawab ke atas para daie di Malaysia khususnya atas apa yang berlaku ini. Ini salah anda. Ini salah saya. Ini salah kita! Pasti ada silapnya pendekatan kita dalam menyampaikan islam sehingga apa yang diterima oleh mereka ialah Islam sebegini. Ayuh muhasabah dan perbaiki!

Friday, 18 October 2013

andai kau tahu...


Andai lelaki tahu ~Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu waktu minta ditemani kesedihannya.

Andai lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan minta didekati
Sedih seorang perempuan minta didengari
Gembira seorang perempuan minta dikongsi.

Andai lelaki tahu.
Disebalik seribu satu rasa itu
Ada hati yang lembut
Bukan untuk ditantang bagai minyak yang penuh.
Bukan pula untuk dimanja..
Tapi sedikit berilah perhatian
Agar kasih itu terasa wujud
Walau kadang jarak berjauhan.

Andai lelaki tahu
Hati itu akan selalu bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkan cinta itu dihati lelaki
Bila saat jauh tanpa kabar berita.
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap dihati seorang perempuan
BIARPUN OMBAK ITU KERAS MENGHEMPAS
Takan sesekali PANTAI ITU BERUBAH..~
 

Thursday, 17 October 2013

kenapa aurat perempuan lebih banyak dari lelaki?

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang..selawat dan salam atas junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...


 ........."kak tak boring ke asyik duk cakap pasal aurat?"....

.....tersenyum mendengar soalan adik....menzahirkan kebosanan mendengar kalam yang selalu ku tuturkan...lantas aku menuturkan kalam indah nabi kita berupa peringatan dan ancaman untuk kaum hawa.....

         "… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad).....

dan kemudian ku teruskan syarahanku...eh bukan syarahan sebenarnya tapi lebih kepada penerangan semoga pendengar lebih terang dan jernih...insyaallah...

   Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita,seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya?    Kenapa?”





“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


wanita sangat sempurna...alhamdulillah i'm a woman young adult 

mMt~

Monday, 23 September 2013

buruk sangka...awas!!

Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang...selawat dan salam buat rasul kita yang mulia Nabi Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman..


    coretan kali ini tentang buruk sangka yang berkait soal tentang hati..Allah melarang kita untuk buruk sangka / menduga-duga hati manusia.kita tak boleh mengatakan seseorang sebagai pura-pura, taqiyyah, bohong, dan sebagainya. Yang boleh kita nilai adalah yang zahir seperti ucapan dan perbuatan. Jika ucapannya menyimpang, baru kita bisa bilang mereka salah. Atau jika ucapannya baik, tapi perbuatannya menyimpang. Tapi selama perkataan dan perbuatan seseorang lurus, kita tidak boleh menghujat mereka. Kita bukan mind reader. Kita bukan pembaca pikiran atau pun pembaca hati manusia! Hanya Allah yang tahu hati manusia! Ini dalil-dalilnya:


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” [Al Hujuraat 12]


 kita bukan siapa2 yang mampu mengetahui keadaan hati seseorang...bahkan buruk sangka itu merosakkan hati...so be ware!!!


 

Thursday, 19 September 2013

..::BaitulMuslim::..


   Dengan nama Allah yang maha pengasih dan Maha Penyayang..selawat dan salam buat junjungan nabi kita muhammad bin abdullah suri teladan kita sepanjang zaman.

  Baitul Muslim atau Rumahtangga Islam ini memberikan kesan terhadap institusi keluarga yang ingin dibina oleh individu termasuklah saya sendiri.

    Kita patut merenungkan kata-kata Imam Syahid Hassan Al-Banna ketika berbicara tentang pernikahan dan kehidupan rumah tangga. Saya kutipkan kata-kata beliau ini yang terdapat dalam buku Hadits Tsulasa, halaman 629… “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.
 
   Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantik, melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah…”
Masyarakat Islam bagaikan bangunan kukuh. Keluarga bukan saja sebagai sendi terpenting dalam bangunan tersebut, tetapi juga menjadi unsur pokok bagi umat Islam secara keseluruhan. Kerana itu, agama Islam memberikan perhatian khusus masalah pembentukan keluarga.

    Perhatian istimewa terhadap pembentukan keluarga tersebut tercermin dalam beberapa hal, yaitu:
Pertama, Al-Qur’an cukup memperincikan pembentukan keluarga ini. Ayat-ayat tentang pembinaan keluarga termasuk paling banyak jumlahnya dibandingkan dengan ayat-ayat yang menjelaskan masalah lain. Al-Qur’an menjelaskan tentang keutamaan menikah, perintah menikah, pergaulan suami-isteri, menyusui anak, dan sebagainya.
  
    Kedua, sejak Rasulullah SAW mengajarkan takwim keluarga yang sakinah dengan cara memilih calon mempelai yang soleh dan solehah. Rasulullah saw. bersabda, “Pilihlah tempat untuk menanam benihmu kerana sesungguhnya tabiat seseorang biasanya menurun ke anak.”
Sewajibnya rumah tangga seorang muslim itu di dasari semata-mata kerana mencintai ALLAH.

CIRI-CIRI BAITUL MUSLIM

1) Sendi bangunannya adalah ketakwaan kepada Allah swt. Takwa adalah sendi yang kuat bangunan usrah (keluarga). Memilih suami/isteri harus sesuai dengan arahan Rasulullah saw iaitu mengutamakan dari sisi agamanya.

2)   Kebahagiaan rumah tangga bukanlah berdasarkan kesenangan harta benda saja, sebab kebahagiaan sejati muncul dari dalam jiwa yang takwa kepada Allah swt. Bila ketakwaan telah menjadi sendi utama, maka kekurangan harta benda menjadi ringan. Ketakwaan yang ada di dalam dada pasangan suami-isteri memunculkan thiqah (rasa saling percaya) dan akan melahirkan ketenteraman serta ketenteraman dalam hubungan suami-isteri. Hubungan antara anggota keluarga akan terasa indah kerana semua sedar akan tanggung jawab dan hak-haknya.

3)   Rumah yang dibangun untuk keluarga seharusnya sederhana dan mengutamakan skala terpenting sahaja dengan mengurangi hal-hal yang membazir dan berlebihan.

4)   Dalam makanan dan berpakaian, seorang muslim amat sederhana, menekankan aspek kebersihan, dan menghindari dari yang haram, sikap berlebihan (israf), dan bermewah-mewahan. Semua anggota keluarga dipacu untuk memperbanyak berinfak dan bersedekah.
Hindari syubhat, jauhi yang haram, itu moto mereka.Doakan kita semua seperti ini juga.InsyaAllah.

5)  Anggaran rumah tangga dipenuhi dari rezeki yang halal dan baik. Sebab, daging yang terbentuk dari daging haram akan dibakar oleh api neraka. Secara teknikalnya, perlu ada kesepakatan antara suami-isteri dalam menentukan perbelanjaan rumah tangga.
Yang jelas, pengeluaran tidak boleh melebihi penghasilan. Cukuplah diri dengan hal-hal yang perlu sahaja kerana kita perlu pentingkan keperluan bukan kehendak.

6)  Kita perlu perhatikan hak-hak Allah swt. Tunaikan zakat, menabung untuk pergi haji, sediakan kotak khusus untuk sedekah bagi kemaslahatan umat.

  
   Akhirnya,rumah tangga Islam akan mewujudkan masyarakat yang senantiasa mengharapkan Rahmat Allah SWT kerana kita telah berjanji dengan Allah,kita mengaku kepada Allah,Tiada Tuhan Selain Allah..dengan kalimah ini kita hidup dan dengan kalimah ini kita kembali kepadaNya.

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DARI ACUAN RUMAH TANGGA MUSLIM INI.INSYA’ALLAH

mmt~


 

Wednesday, 18 September 2013

angin syurga dari mu..




ku himpun waktu
ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiupkan angin syurga padaku

ku himpun makna
kata dari mu
harum yang mekar dikebun hati
dan kata mu bagai sebuah kota bahagia

sehingga hujung masa
berbisik sendiri
dan terbit suara qalbuku

kasih ku
tuluskah cinta mu
sebuah jawaban kudamba dari bibir mu...
bibir mu..

tidak kah kau tahu
hidup punya waktu
kasih tersia
itu bukan ku mahu...




mmt~


Jangan membazir!!!



Dengan Nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..allahummasolli 'ala muhammad..

"Membazir" atau "berlebihan" diterjemah daripada kalimat "asrafa"...dalam ayat al-quran terdapat dua puluh tiga kesemuanya. Ia didapati pada dua puluh satu ayat, 


   Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.  (6:141.)


  kenapa Allah rakam kan pada kitab suci kalam-kalamnya tentang pembaziran? sudah semestinya ada sebab munasabah yang besar atas larangan dan peringatan itu. 

Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir. (7:31)



Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]
 
  Kritikalnya seorang Muslim perlu mengetahui adalah kerana Allah SWT melabelkan pembazir itu sbg saudara Syaitan. Ini merupakan satu label yang sangat sangat menghinakan, di mana Rabb Pencipta yang disembah sekalian alam meng-adik-beradik-kan manusia dgn makhluk yang paling dilaknati dan dimurkaiNya. Takkanlah dengan sekadar makan lebih, terlebih beli barang, bil elektrik tinggi, tiba2 Allah cap sebagai saudara Syaitan.. Atau seseorang yg melepaskan diri dari semua tadi dgn ber-diet atau berpuasa atau guna NGV utk keretanya terus terselamat dari status tersebut? Jadi, perlulah kita teliti hakikat membazir sehingga ia menjunamkan manusia ke status yang menghampakan itu..

  Pembaziran sebagai membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran; in other words, berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat, kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta, masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul, rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya (konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di jalan “ini” merupakan keperluan semasa, tanggungjawab pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai khidmat pulangan kepada masyarakat...

 Anak muda  bergelora jiwanya...bermacam-macam yang ingin dibeli untuk dimiliki...tapi sayangnya membazir dan merugikan...ayuh anak muda jangan membazir!! harta yang kamu miliki ada sekarang pasti ditanya dari mana kamu mendapatkannya dan untuk tujuan apa walau hanya sebatang jarum peniti yang sanGat kecil!!!

ayuh berkira-kira dan berpada-pada...ikut hati binasa :) wallahualam

mMt~