Wednesday, 5 December 2012

khas untuk hawa: senggugut

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit.

Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu tadi, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan diare. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.
 
Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.





Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.
 









Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.
 
      Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.
Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

salah satu cara yang dapat mengurangkan rasa sakit ialah cuba tuam perut dengan kain yang sudah direndam dengan air panas. Nak lebih elok, tuang air panas kedalam beg plastik tahan panas, kemudian balut dengan kain, dan tuam pada perut.

alat ni pun dapat membantu. n___n

mmt~

Monday, 26 November 2012

habiballah al-byt...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
selawat dan salam untuk nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman...

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & isteri, Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut. 

yanabi salam alaika... :'( rinduuuu

mmt~

RITUAL BERGULING DI ATAS DURI!... ritual oh ritual!!!

Dengan Nma Allah Yang  Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
Selawat dan salam untuk junjungan besar nabi kita suri teladan sepanjang zaman Muhammad Bin Abdullah

Kedahsyatan apakah ini, sehinggakan seorang lelaki berguling di atas satu hamparan yang di penuhi dengan duri.
Di mana kegiatan ini sangat terkenal bagi masyarakat barat Guangdong China.
Mengerikan sungguh duri yang begitu banyak mencucuk badan lelaki yang berguling di atasnya.
Ini adalah merupakan kegiatan ritual tradisional masyarakat barat Guangdong China.
Menurut weibo.com di mana, mereka melakukan ini bertujuan untuk melakukan pengorbanan agar kehidupan kampung menjadi lebih baik.
Ritual tradisional ini dilakukan dengan cara memasang duri di alas yang menyerupai tempat tidur dan para 'korban suci' berguling di atasnya dengan hanya berseluar pendek.
 





p/s berfikir sebelum bertindak, kita sebagai manusia adalah sebaik-baik kejadian... (ada akal + otak pakai maaa)

mmt~


 

jelas dalam al-quran

Dengan Nama Allah Yang Mha Pengasih Dan Maha Penyayang...
Selawat dan salam buat junjungan Besar Muhammad bin Abdullah S.A.W suri teladan kita sepanjang zaman..


ALLAHUAKBAR! Tersentak seketika. Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..

.....................................................................................................................................................................
mcm2 persoalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannya ini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

  Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)


[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.


[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine........



 mmt~

Wednesday, 21 November 2012

pimpin tanganku aku hingga kesyurga~



 Dengan Nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman...

 Bila suami dan isteri mendamba untuk bercinta sampai ke SYURGA .. ♥ sama-sama saling memberi peringatan antara satu sama lain...subhanallah 




Lelaki : assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca alQuran,sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis..kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita : walaikumsalam...orang merajuk... :(






Lelaki : laa...kenapa ni??

Wanita : semalam abang ponteng tahajjud!! sayang call kejut abang tak jawab.. :'(











 Lelaki:astagfirullahal'azim..abang penat + malas semalam...

Wanita : tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2..





Lelaki : hmm..betullah tu..abang mintak maaf.. :'(

Wanita : kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal..bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah..macam mana kita nak jumpa?sayang tak mahu berpisah dengan abang..abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Lelaki : (mengalir air mata)..semoga ALLAH ampunkan abang...malam ni abg tak malas2 lagi..




 mmt~
                                                                                                                               


Thursday, 15 November 2012

Kisah Bau KASTURI dan ZINA.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
segala Puja dan puji hanya layak Bagi Nya Tuhan yang mentadbir seluruh alam
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita yang tersayang suri teladan kita semua sepanjang zaman.....

            Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.     Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengin
gatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
 


Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”


Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.




    Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..




    Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^

p/s:gambar diatas cuma hiasan... n_n
mmt~

bukan aku tidak peduli

Dengan nama Allah Yang maha pengasih Dan maha Penyayang
Segala puja dan puji hanya bagiNya yang mentadbir seluruh alam
selawat dan dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...


Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

   Duhai saudaraku, sedih hatiku mendengarkan khabaran mu disana, para wanita dirogol dan dibunuh, diperlakukan seperti binatang....para pemuda dipenjara bahkan penjara itu tidak layak didiami sekalipun binatang...allahurobbi, anak-anak kecil yang sepatutnya mengenali dunia mereka, zaman kanak-kanak yang sepatutnya berwarna-warni tapi semua kelam gelap suram tanpa cahaya....

    Duhai saudaraku, maafkan aku dan semua saudara-saudara disini (malaysia) bukan tidak peduli tentang kesengsaraanmu disana, tapi apalah kudarat kami untuk bersama dengan mu...insyaALLAH kami semua bersamamu...tidak akan kami lupakan kamu semua dalam doa-doa kami...percayalah 
pejuanganmu juga menjadi perjuangan kami....allahuakhbar selamatkan saudara kami disana...
(wa la tansina bidoaikum).....


                                                           Biar Gambar berbicara~



Salah seorang kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa pengeboman serangan zionis di Semenanjung Gaza.









As-syahid, seorang kanak-kanak kecil berusia 11 bulan. 
الطفل الشهيد احمد المشهراوي "11 شهراً"









                                           

Bayi kecil berusia 5 bulan, Fuad Hararah mengalami kecederaan akibat pengeboman zionis di As-Shujaieyah
Zionis tidak membezakan kecil atau besar. Apa salah bayi ini meskipun masih dalam susuan?




 
Foto: Salah seorang warga zionis yang terbunuh dalam serangan roket di Kiryat Malakhi, selatan tanah jajahan 1948.

'Yang hidup pasti akan mati'




Foto: As-Syahid Ahmad Ja'bari atau gelarannya Abu Muhammad.

'Semoga beroleh syahid untuknya'

Sumber:
Hani Saleem



Sumber:
14/11/2012, web berita Irarab
Sebahagian kawasan di Semenanjung Gaza.
Sumber:
Wassyla Hayat












 Foto: Sebuah tanah lapang bertentangan dengan bangunan Majlis Legislatif Palestin (parlimen) yang dibom pada pagi tadi.
حسبنا الله ونعم الوكيل












Saat waktu telah tiba, buaian mimpi mula enak terasa .. janganlah lupakan mereka, mungkin mereka juga lena tetapi dalam keadaan penuh gerhana. Lena kita?

                                             anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman...


                                                            bayi yang tidak berdosa hangus terbakar


                        Foto: Fenomena trauma serangan roket memaksa seorang warga zionis bertindak sedemikian bagi menyelamatkan diri dari serangan roket.
Rakaman ini di selatan Hertzaliya.
                                           


                               Gugurnya para mujahid demi agama kita....syurga bagi mu
                                           


Foto: As-Syahid Muhammad Al-Hums, salah seorang pengiring As-Syahid Ahmad Ja'bari yang turut menjadi mangsa pengeboman zionis


As-syahid Ahmad Ja'bari, Naib Komander Tertinggi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.


Foto: Asy-syahid Khalid Abu Nasr, salah seorang tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM yang menjadi sasaran serangan terbaru zionis di utara Semenanjung Gaza

 


Pilu hati melihat sehelai tshirt yang terpalit dengan darah. Pada waktu kejadian, Ahmad Younis Abu Daqqa berusia 13 tahun bermain bola sepak dekat dengan rumahnya.

Tshirt yang tertera Real Madrid adalah impiannya, setiap hari disarung dan setiap kali juga, dia sentiasa mahu tahu sejarah Real Madrid.

Namun, musuh yang akal dan jiwanya tersarat dengan keganasan tidak mengenal siapa mangsa. Semasa bermain bola sepak, Ahmad tidak menggalas senjata, sekalipun bom juga tidak hanya bola sepak..bola sepak tetapi deruan enjin helikopter zionis begitu riak tanpa apa-apa kewajaran, dimuntahkan tembakan hasil akal yang jahat..lalu bedilan tersebut merayap ke tubuh Ahmad.

Dia telah menemui syahid. Rumah keluarganya telah sunyi dari suaranya dan Real Madrid juga telah kehilangan seorang peminat kecil.

Semoga as-syahid dicucuri rohnya dan menanti ibu-bapanya di pintu syurga.







(Pemandangan pada waktu siang) 'As-Safina', bekas pejabat perisikan Palestin yang tersergam indah. Waktu ini, sebelum perang Gaza 2008 - 2009 dan serangan-serangan sebelumnya.










(Pemandangan pada waktu siang) 'As-Safina', bekas pejabat perisikan Palestin yang kerap kali dibom.




Semoga mereka tetap tabah mempertahankan tanah-tanah dan maruah umat Islam
sama-sama kita doakan kemenangan untuk saudara kita menjunjung agama kita biar panji-panji islam terus berkibar di bumi haram milik Allah... takbir!!!

"Allahumma suril islam wal muslimin wal mujahidin fi Falestin wafi Syiria wafi Iraq wafi Rohingya wafi Indonesia wafi Malaysia wafi kullizamanna wafi kullimakan..."

mmt~