Tuesday, 23 October 2012

~BILA MUSAFIR MULA BERBICARA...

Ketika bibir mula bertasbih
menyebut nama-Mu
ketika hati mula mengikat janji
bahawa
diri ini adalah hamba-Mu
ketika seluruh tubuh mula bersujud
atas kekuasaan-Mu
ketika itulah baru ku fahami erti syahadah dalam diri

sesngguhnya hidup dan matiku 
hanya untk MU 

pengakuan telah terungkap
janji telah termetrai......

debaran mula dirasai....
apa yang bakal dinanti...
seribu pertanyaan sukar dirungkai...
kerana disebalik semua itu
hanya Dia pencipta yang maha mengetahui....

Teguhkan iman ku Tuhan
agar kitabMu kujadikan panduan
Agar kisah rasul -Muku jadikan tauladan

sedarkan aku tuhan....
bahawa semua ciptaan Mu ini
adalah bukti kekuasaanMu..
langit tanpa tiang..
bukit tanpa paku..
siang adanya malam
anak adanya ibu....

~MMT

Monday, 22 October 2012

aish teru ya ALLAH... n_n

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
 copy and paste daripada LAMAN TARBAWI untuk renungan bersama
Ai shi teru ialah perkataan Jepun yang bermaksud, "Aku cinta padamu...". Dalam bahasa Inggeris ia disebut, "I love you", dalam bahasa Arab, "Uhibbuka" (untuk lelaki) dan "Uhibbuki" (untuk wanita), manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut, "Wo ai ni". Dan Perancis pula disebut, "Je t'aime". Walaupun perkataan ini
berlainan sebutannya, tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu aku cinta padamu. Persoalannya cinta kepada siapa?

Perkataan 'Cinta' adalah perkataan yang begitu popular di mana sahaja kita berada, kerana ia bukan perkataan yang terkandung dalam kamus moden tetapi telah lama wujud sejak dijadikannya Adam dan Hawa. Begitupun cinta dalam makna yang sebenar bukanlah nafsu, tetapi kepercayaan. Orang yang percaya kepada sesuatu perkara dengan tindakan dan bukti tanpa memerlukan apa-apa syarat, itulah cinta. Oleh itu , apabila kita menyatakan cinta kita kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.
Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut dalam kitabnya, 'Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatil Mushtaqin' bahawa beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalah;
"Banyak mengingati orang yang dicintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya..."
"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."
"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."
"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."
Sekiranya diteliti, perkara yang disebut oleh Ibnu Qayyim itu memang benar. Apabila kita jatuh cinta, pasti kita membuat perkara-perkara tersebut. Dan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijak, natijahnya akan mengundang perkara yang negatif dan mencelakakan manusia. Seorang isteri jika suami berpaling kasih pada yang lain, maka hari-hari yang berlalu terasa mendung, sesekali memanahkan petir kekecewaan, air mata tumpah bagai lelehan lahar gunung berapi, sedih bercampur dendam. Begitulah hakikat orang yang bercinta. Tidak mahu diduakan oleh sesiapa.
Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya juga cinta. Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta kepada Allah, kita pasti mengingatiNya, tunduk dan patuh pada semua perintahNya, memerhati dan menuruti segala peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah. Itu juga disebut antara tanda-tanda cinta kepada Allah.
Bukti Cinta Kepada Allah
Perkataan cinta adalah perkataan yang menuntut kita melaksanakan perkara yang kita ucapkan. Adakah cukup sekadar kita melafaskan perkataan cinta tanpa menunjukkan bukti kita benar-benar memaksudkannya? Pastinya tidak. Apabila kita melafazkan cinta, maka ia perlu dilaksanakan dengan perbuatan.
Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu disertai dengan bukti. Lalu bagaimana bukti itu dapat diperlihatkan?
"Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia..."
Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya. Hatinya tenteram dan bertaman bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih. Begitu juga cinta kepada Allah. Manusia yang jatuh cinta dengan Allah sentiasa mengingati dan merindui Allah. Di dalam Surah Ar Ra'du ayat 28, Allah menjamin kepada manusia yang mengingatinya, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...".
Ayat ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa bila hati kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan menjad tenang. Namun, dalam ayat lain, Allah menceritakan bahawa, "Orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka..." (Al Anfaal:2).
Pada kedua-dua ayat itu berlaku apa yang dikatakan sebagai "zikrullah" - mengingati Allah. Walaupun kedua-duanya berhasil zikrullah, satu ayat sebut hati menjadi tenang dan satu ayat lagi sebut hati menjadi gementar. Bagaimana boleh menjadi begitu? Apakah bila kita dengan Allah, adakala hati menjadi tenang dan adakalanya hati menjadi gementar?Sebenarnya bukanlah ia bermaksud hati orang beriman itu berubah-ubah dengan Tuhan. Hati mereka sebenarnya mempunyai dua keadaan pada masa yang sama, iaitu berkeadaan tenang dan juga berkeadaan gementar.
Yang dikatakan tenang itu ialah tenang dengan dunia, yakni hati mereka itu tidak tergugat dengan ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan cercaan manusia. Malah semua itu menjadi hiburan apabila hati sudah kuat berhubung dengan Allah Taala serta memahami maksud ujian tersebut.
Yang dikatakan gementar pula, ialah bila hati berhubung dengan Tuhan, timbul rasa cemas dengan dosa yang dilakukan kepadaNya. Rasa gementar itu juga boleh berhasil dari rasa kagum dengan kehebatan Allah Taala, setelah menyaksikan kehebatanNya mencipta alam dan cakerawala, lalu apabila ayat dibacakan kepadanya tiba-tiba hati manusia menjadi gementar. Hal ini pasti berlaku kepada orang beriman yang hatinya itu sentiasa mencintai Allah. Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tidak berbalas dan tidak dipedulikan.
Firman Allah Taala (bermaksud), "Sesungguhnya orang-orang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka, dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka (dengan sesuatu apapun), Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka". (Al Mukminun:57-60).
Dari Aisyah R.A.h berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini (Al Mukminun:57-60). Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?
Baginda S.A.W menjawab, "Tidak wahai Humairah, tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, bersedeqah, dan pada masa yang sama hati merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima Allah. Mereka ini adalah orang-orang yang bersegera dalam amal kebaikan".
Maka jaminan Allah kepada hati hambaNya yang mengingatiNya, rasa tenang dan rasa gementar. Dan realitinya orang bercinta akan menurut segala kemahuan sang kekasih walaupun mereka serba-serbi kekurangan pada masa itu. Ini bermakna, bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
"Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah..." (Al Baqarah:165)
Maka, tanda orang bercinta kepada Allah ialah iman yang benar di dalam hati, iaitu mempercayaiNya dengan sesungguhnya tanpa lelah dan rungutan, tanpa ingkar dan pendustaan. Itulah cinta, cinta itu adalah percaya, bukannya nafsu.
Hakikatnya, mencintai Allah itu lebih mudah daripada mencintai manusia. Cinta manusia bersyarat, tetapi cinta Allah selamanya. Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezeki. Bahkan kita yang dituntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa. Oleh itu, tadahlah tangan kalian dan mengucapkan ai shi teru kepada Allah. Semoga dengan itu kita tergolong di kalangan hamba yang dicintai olehNya. Seorang pujangga memberitahu :
"Jika kamu berikan hatimu yang kudus kepada manusia, dia boleh melukai dan menghancurkannya. Tetapi sekiranya kamu berikan hatimu yang hancur luluh itu kepada Allah, Dia pasti akan memperbaikinya..."  


Dengan KuasaMU - Nur One

~ sabar terhadap diri sendiri


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang…

      Segala puji hanyalah kepunyaan Allah semata-mata. Kepadanya kita memuja dan memohon pertolongan, meminta petunjuk dan mengharap keampunan dan kepadaNya jua kita pinta untuk diberi kesabaran. Saya sajikan pembaca dengan catitan bertajuk “sabar terhadap diri sendiri”. Mungkin ada dikalangan pembaca tertanya-tanya kenapa penulis pilih tajuk sabar terhadap diri sendiri? Bukankah sepatutnya kita perlu bersabar bila menghadapi karenah manusia, atau keadaan yang kurang menyenangkan dan menguji emosi.?

Sidang pembaca,
     Mari kita lihat dari mana datangnya sabar? Sebenarnya sabar itu bukannya  untuk kita terhadap orang lain, tetapi kita perlu sabar terhadap diri kita sendiri. Bercakap tentang sabar, adalah kemampuan untuk menghadapi diri sendiri.  Sebagai tamsilannya, bila ada sahabat kita yang bergaduh, kita sebagai sahabat  akan menasihatinya untuk bersabar “bersabarlah”….sebanarnya nasihat ini kurang tepat, buktinya sahabat yang dinasihati tadi akan berkata “saya tak mungkin boleh sabar kerana dia telah menghina saya” lihatlah buktinya sidang pembaca untuk menghadapi sesama manusia sebenarnya kita perlu ikhlas. Bilamana dihina, kita perlu ikhlas dihina kerana kekurangan pada diri  dan bersabar dalam menghadapi kekurangan diri.kita dihina kerana miskin, kita perlu ikhlas atau cacat tidak sempurna anggota juga perlu ikhlas.
 Ini lah yang dimaksudkan sabar dalam menghadapi diri sendiri. kenapa begitu? Sidang pembaca sekalian, orang yang sabar ialah orang yang mampu melihat dirinya sendiri sebelum melihat orang lain. Siapa yang mampu sabar lihat diri sendiri, dia akan sabar melihat orang lain. Mari kita ambil satu contoh, ada seseorang menaiki basikal dia melihat ada orang menunggang motosikal lalu dia bermonolog pada dirinya “alangkah mudahnya jika aku mempunyai motor, aku tidak akan penat mengayuh seperti ini” tapi hakikatnya beli motar saja tidak mampu.Tetapi berbeza bagi orang yang mampu bersabar menghadapi diri sendiri “kayuh basikal pun sampai juga didestinasi asal selamat” Allahuakhbar!!

      Tapi bagaimana nak sabar? Renungi kalamullah ini “wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang yang sabar” (2:153). Bila kita renungi ayat ini, ada dua kesimpulan yang boleh dirangkul

1)    Berusaha untuk sabar agar selalu bersama ALLAH
2)    Berusaha untuk bersama Allah agar beroleh sabar
 
    Mana yang lebih mudah? Dengan dekatkan diri pada Allah untuk memperoleh sabar atau kita terus sabar. Sudah tentu dengan mendekatkan diri pada Allah itu lebih mudah untuk memperoleh sabar sebab tidak mungkin kita akan terus sabar kerana sabar itu datangnya dari Allah robbul jalil.

Sidang pembaca yang budiman, sabar itu abstrak, bukan konkrit. Buktinya, berapa ramai orang yang membaca buku tentang sabar belum tentu mampu sabar bahkan penulis buku tentang sabar juga belum tentu sabar.

 “bila nak cetak hasil penulisan saya sudah sebulan saya tunggu belum dicetak!!!!” kata sang penulis pada syarikat percetakkan.
 “maaf encik hasil penulisan tentang apa ya?”
 “ tajuknya SABAR”
“maaf dalam proses percetakkan encik”
 nah lihat penulis buku tetntang sabar juga belum tentu mampu sabar wahai sidang pembaca.

    Untuk meraih sabar tidak semudah membalikkan kedua belah tapak tangan, perlu bermujahadah dan sentiasa muhasabah diri. Marilah sama-sama kita usaha untuk raih sabar dalam menghadapi diri sendiri.
“innallaha ma’a sobirin”….. n_n

Hasil karya asli  untuk Renungan bersama



(MMT)

Sunday, 21 October 2012

sesungguhnya ALLAH itu dekat

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan maga penyayang...selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. suri teladan kita sepanjang zaman MUHAMMAD BIN ABDULLAH. Qala fil kitabil aziz,

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepadaku agar mereka memperoleh kebenaran (2:186)

     Allah sangat dekat dengan kita, lebih dekat dari urat nadi leher...subhanallah! dekatnya...namun tidak semua manusia rasakan dekatnya sang pencipta itu pada diri kita. kenapa? semua bermula dari hati, kalau hati gelap diselimuti dosa, kita tidak akan berasa akan hampirnya ALLAH pada diri kita....untuk rasa dekatnya Allah pada kita, maka kita sebagai hamba yang serba kurang perlu mewajibkan diri kita mencintai ALLAH.....tapi bagaimana caranya untuk mencintai ALLAH ??

 pertama: seorang hamba hendaklah menjaga ibadah wajib sebab inilah kunci pertama dan wasilah utama menuju ALLAH. Orang yang tidak menjaga rutin harian mengerjakan ibadah wajib adakah layak untuk dicintai ALLAH??....kalam Allah yang dipetik dari surah al-baqarah ayat 186 jelas sekali menyatakan bahawa ".....hendaklah mereka itu memenuhi perintahku..." nah! lihatlah wahai mata hati, menjaga ibadah wajib itu perintahnya. Kunci untuk mendapatkan Cinta Allah itu sebenarnya ada pada kita, tapi kita sendiri tidak mahu gunakan kunci itu untuk membuka pintu cinta Allah untuk merasakan bertapa hampirnya ALLAH pada kita. Ayuhlah wahai hati!! CINTAI ALLAH untuk merasai Allah itu sangat dekat. cara mencintai Allah untuk merasakan Allah itu dekat akan ada pada siri 2 "sesungguhnya ALLAH itu dekat" comming soon :)