Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..selawat dan salam buat junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman..
kali ini topik berbicaraan lebih berfokus pada niqob atau purdah atau ada nama lain..disini dijelaskan maksud niqob: Maksud Niqab | “a face veil covering the lower part of the face (up to the eyes) worn by Muslim women” (sumber).
Niqab atau Purdah ialah kain yang digunakan untuk menutup sebahagian
muka dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Ada pelbagai jenis dan
cara pemakaian. Ada purdah arab, purdah melayu etc. Saya tidak berminat
untuk mengulas panjang pada definisi dan perincian niqab ini. Saya kira
ramai sudah sedia maklum apa itu niqab. Saya juga tidak akan membahaskanhukum pemakaian niqab dan juga khilaf-khilafnya.
Artikel kali ini lebih kepada pendapat saya sekitar fenomena pemakai niqab yang sedikit tergedik-gedik kebelakangan ini. Bukan semua gedik tetapi ada yang gedik. Fenomena ini saya ingin kategorikan sebagai penyakit. Ya, penyakit ummah terkini.
Fenomena Gadis Niqab
Sekarang ni saya perasan ramai muslimah-muslimah terutamanya di Malaysia semakin tertarik untuk mengamalkan Islam dalam hidup
mereka. Alhamdulillah. Antara yang ketara ialah keinginan untuk memakai
niqab atau purdah. Ini merupakan satu penghijrahan yang besar dan anda
semua layak untuk mendapat ucapan tahniah! Saya mendoakan anda semua
terus thabat dan mujahadah dalam menghidupkan Islam dalam diri.
Namun, Niqabis gedik juga turut dikesan!
Berlambak gambar-gambar muslimah berniqab di Facebook hari ini. Nak pose
dan gaya macam mana? Cakap sahaja, semua ada! Gambar baru lepas makan
dan upload gambar.”Hihihi..muka baru kekenyangan lepas makan.
Alhamdulillahh..rezeki Allah” Aw aw aw~
Gedik itu bukan sekitar gambar-gambar sahaja namun turut serta status,ayat-ayat serta cara berinteraksi dengan lelaki ajnabi. Ada yang berbalas-balas komen dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik. Haih.
Saya Anti Niqabis?
Sama sekali tidak! Saya bukan anti niqab dan bukan benci mereka yang memakai niqab. Kerana saya sayang akan golongan inilah saya terdetik untuk melontarkan pandangan dan saranan saya ini.
Jadi, saya bukan anti niqabis!bahkan saya juga muslimat yang berniqob.
Dimana Silapnya?
Saya pun tidak pasti dimana salahnya. Bagaimana fenomena ini boleh menular dengan laju dalam masyarakat hari ini. Cuma sedikit sebanyak saya tertarik untuk mengaitkan isu ini dengan fenomena cinta islamik yang juga hebat membadai sekarang. Remaja kita pada hari ini disuap dengan pelbagai bahan bacaan yang berunsur cinta yang kononnya islamik. Buktinya, Producer-producer filem juga tidak terlepas pandang akan fenomena menarik ini lalu mereka berlumba-lumba menghasilkan filem-filem cinta islamik seperti 7 Petala Cinta dan banyak lagi filem seumpama ini.
- Artis yang berlakon dalam cerita cinta islamik ramai yang pakai niqab. Perkara ini nampak cool dan remaja pun eksited nak meniru. Apabila artis menjadi idola/tuhan. Haih
Remaja kita kini hanyut dalam cinta islamik. Maka mereka cuba mengamalkan islam yang dicorak dan dipandu oleh novel-novel dan kisah-kisah cinta romantik islamik itu. Maka lahirlah niqabis yang update status Facebook mereka yang berbunyi seperti:
” Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku”
Gambar
koleksi-koleksi buku mereka yang di upload di Facebook juga cukup
signifikan menggambarkan ‘bahan tarbiah’ mereka. Kebanyakannya cintan
cintun belaka. Cinta tidak salah namun ianya bukan benih yang sepatutnya
disemai dalam usaha memahami Islam dan beramal dengannya. Lagi-lagi
cinta antara lelaki dan perempuan.
Tambahan: Mungkin kerana terpengaruh dengan novel-novel cinta islamik ini maka mereka memakai purdah untuk menyambut bakal-bakal imam seperti saya (suka gadis berniqab). Ok gurau. LOL
Pesanan Buat Niqabis
Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya kagum dengan tahap mujahadah anda untuk istiqamah dalam memakai purdah. Teruskan dengan keputusan anda itu. Saya akan sentiasa doakan anda semua.
1) Semoga keputusan anda ini dipandu dengan niat untuk meraih redha Allah semata-mata. Bukan untuk sesiapa atau apa-apa.
2) Anda cantik! “There is no one in this earth more beautiful than a
muslim woman who dresses to please Allah.” Ya, anda cantik jika anda
lakukan ini semua semata-mata kerana Allah.
3) Jagalah akhlak anda dengan sebaik-baiknya kerana anda membawa imej
Islam. Bahkan dengan anda memakai purdah itu, tanggungjawab anda lebih
besar dalam menjaga imej Islam itu. Masyarakat akan memandang tinggi
anda apabila anda berniqab dan tatkala ada sedikit khilaf atau kesalahan
yang dilakukan oleh anda maka ia akan lebih berat dimata masyarakat
sekeliling, kerana anda niqabis.
4) Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah yang sepatutnya. Dalami perihal
aqidah,akhlak,fiqh dan cabang-cabang ilmu islam yang lain. Novel-novel
cinta islamik tu, kurang-kurangkanlah ye. Bukan tak boleh tapi jangan
sampai jadikan ‘kitab’ cinta itu rujukan amal anda.
5) Yang terakhir, ayuh kita menjadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana itulah sebaik-baik pakaian.
“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).
Pesanan Buat Daie
Saya langsung tidak menyalahkan naqabis yang gedik ini atas apa yang telah mereka lakukan. Namun, saya meletakkan 100% tanggungjawab ke atas para daie di Malaysia khususnya atas apa yang berlaku ini. Ini salah anda. Ini salah saya. Ini salah kita! Pasti ada silapnya pendekatan kita dalam menyampaikan islam sehingga apa yang diterima oleh mereka ialah Islam sebegini. Ayuh muhasabah dan perbaiki!