Dengan nama Allah yang maha pengasih dan Maha Penyayang..selawat dan salam buat junjungan nabi kita muhammad bin abdullah suri teladan kita sepanjang zaman.
Baitul Muslim atau Rumahtangga Islam ini memberikan kesan terhadap
institusi keluarga yang ingin dibina oleh individu termasuklah saya
sendiri.
Kita patut merenungkan kata-kata Imam Syahid Hassan Al-Banna ketika
berbicara tentang pernikahan dan kehidupan rumah tangga. Saya kutipkan
kata-kata beliau ini yang terdapat dalam buku Hadits Tsulasa, halaman
629… “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh
beban-beban dan kewajiban.
Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantik,
melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban
dakwah…”
Masyarakat Islam bagaikan bangunan kukuh. Keluarga bukan saja sebagai
sendi terpenting dalam bangunan tersebut, tetapi juga menjadi unsur
pokok bagi umat Islam secara keseluruhan. Kerana itu, agama Islam
memberikan perhatian khusus masalah pembentukan keluarga.
Perhatian istimewa terhadap pembentukan keluarga tersebut tercermin dalam beberapa hal, yaitu:
Pertama, Al-Qur’an cukup memperincikan pembentukan keluarga ini.
Ayat-ayat tentang pembinaan keluarga termasuk paling banyak jumlahnya
dibandingkan dengan ayat-ayat yang menjelaskan masalah lain. Al-Qur’an
menjelaskan tentang keutamaan menikah, perintah menikah, pergaulan
suami-isteri, menyusui anak, dan sebagainya.
Kedua, sejak Rasulullah SAW mengajarkan takwim keluarga yang sakinah
dengan cara memilih calon mempelai yang soleh dan solehah. Rasulullah
saw. bersabda, “Pilihlah tempat untuk menanam benihmu kerana
sesungguhnya tabiat seseorang biasanya menurun ke anak.”
Sewajibnya rumah tangga seorang muslim itu di dasari semata-mata kerana mencintai ALLAH.
CIRI-CIRI BAITUL MUSLIM
1) Sendi bangunannya adalah ketakwaan kepada Allah swt. Takwa adalah
sendi yang kuat bangunan usrah (keluarga). Memilih suami/isteri harus
sesuai dengan arahan Rasulullah saw iaitu mengutamakan dari sisi
agamanya.
2) Kebahagiaan rumah tangga bukanlah berdasarkan kesenangan harta
benda saja, sebab kebahagiaan sejati muncul dari dalam jiwa yang takwa
kepada Allah swt. Bila ketakwaan telah menjadi sendi utama, maka
kekurangan harta benda menjadi ringan. Ketakwaan yang ada di dalam dada
pasangan suami-isteri memunculkan thiqah (rasa saling percaya) dan akan
melahirkan ketenteraman serta ketenteraman dalam hubungan suami-isteri.
Hubungan antara anggota keluarga akan terasa indah kerana semua sedar
akan tanggung jawab dan hak-haknya.
3) Rumah yang dibangun untuk keluarga seharusnya sederhana dan
mengutamakan skala terpenting sahaja dengan mengurangi hal-hal yang
membazir dan berlebihan.
4) Dalam makanan dan berpakaian, seorang muslim amat sederhana,
menekankan aspek kebersihan, dan menghindari dari yang haram, sikap
berlebihan (israf), dan bermewah-mewahan. Semua anggota keluarga dipacu
untuk memperbanyak berinfak dan bersedekah.
Hindari syubhat, jauhi yang haram, itu moto mereka.Doakan kita semua seperti ini juga.InsyaAllah.
5) Anggaran rumah tangga dipenuhi dari rezeki yang halal dan baik.
Sebab, daging yang terbentuk dari daging haram akan dibakar oleh api
neraka. Secara teknikalnya, perlu ada kesepakatan antara suami-isteri
dalam menentukan perbelanjaan rumah tangga.
Yang jelas, pengeluaran tidak boleh melebihi penghasilan. Cukuplah
diri dengan hal-hal yang perlu sahaja kerana kita perlu pentingkan
keperluan bukan kehendak.
6) Kita perlu perhatikan hak-hak Allah swt. Tunaikan zakat, menabung
untuk pergi haji, sediakan kotak khusus untuk sedekah bagi kemaslahatan
umat.
Akhirnya,rumah tangga Islam akan mewujudkan masyarakat yang
senantiasa mengharapkan Rahmat Allah SWT kerana kita telah berjanji
dengan Allah,kita mengaku kepada Allah,Tiada Tuhan Selain Allah..dengan
kalimah ini kita hidup dan dengan kalimah ini kita kembali kepadaNya.
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DARI ACUAN RUMAH TANGGA MUSLIM INI.INSYA’ALLAH
mmt~