Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang...selawat dan salam untuk junjungan nabi kita Muhammad Bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...
sudah berbulan lamanya tiada coretan dilaman blog ini, fuhhhh!!! tiup habuk yang menempek, dan sesawang...dek kerana lamanya jari jemari tidak menzahirkan nukilan dihati... alhamdulillah hari ini 1 ramadhan, dan genaplah 3 hari berada dibumi bawah bayu tanah kelahiran... :) kegembiraan jelas terpancar diwajah mulusku.....hati ini berlagu memainkan ritma riang bahagia bersama keluarga tercinta....menyambut bulan mulia bersama...
Suka Mmt kongsikan, antara amalan yang disukai Rasulullah dibulan ramadhan. mungkin sudah ramai yang tahu dan lebih faqih dari Mmt tapi tak salah jika kita ingin terus sebarkan ilmu yang sedikit untuk amalkan bersama... :)
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)
1) Membaca Al-quran
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."
2) Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan
kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang
berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang
yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan
ad-Darimi)
3) Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat
terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar.
Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan
keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan
diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)
4) Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan.
Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya
dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum
solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
5)Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan
sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama
dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku."
(Hadis riwayat Bukhari)
6)Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum
selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang
berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu
gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.
selamat beramal...recharge Iman :) mmt~