Dengan nama Allah Yang maha pengasih Dan maha Penyayang
Segala puja dan puji hanya bagiNya yang mentadbir seluruh alam
selawat dan dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w bin Abdullah suri teladan kita sepanjang zaman...
Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang)
tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah
'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan
binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini
adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang
menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan
Palestin dan memperdayakan dunia.
Duhai saudaraku, sedih hatiku mendengarkan khabaran mu disana, para
wanita dirogol dan dibunuh, diperlakukan seperti binatang....para pemuda
dipenjara bahkan penjara itu tidak layak didiami sekalipun
binatang...allahurobbi, anak-anak kecil yang sepatutnya mengenali dunia
mereka, zaman kanak-kanak yang sepatutnya berwarna-warni tapi semua
kelam gelap suram tanpa cahaya....
Duhai saudaraku, maafkan aku dan semua saudara-saudara disini
(malaysia) bukan tidak peduli tentang kesengsaraanmu disana, tapi apalah
kudarat kami untuk bersama dengan mu...insyaALLAH kami semua
bersamamu...tidak akan kami lupakan kamu semua dalam doa-doa
kami...percayalah
pejuanganmu juga menjadi perjuangan kami....allahuakhbar selamatkan saudara kami disana...
(wa la tansina bidoaikum).....
Biar Gambar berbicara~
Salah seorang kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa pengeboman serangan
zionis di Semenanjung Gaza.
As-syahid, seorang kanak-kanak kecil berusia 11 bulan.
الطفل الشهيد احمد المشهراوي "11 شهراً"
Bayi kecil berusia 5 bulan, Fuad Hararah mengalami kecederaan akibat
pengeboman zionis di As-Shujaieyah
Zionis tidak membezakan kecil atau besar. Apa salah bayi ini meskipun masih dalam
susuan?
Foto: Salah seorang warga zionis yang
terbunuh dalam serangan roket di Kiryat Malakhi, selatan tanah jajahan 1948.
'Yang hidup pasti akan mati'
Foto: As-Syahid Ahmad Ja'bari atau gelarannya Abu Muhammad.
'Semoga beroleh syahid untuknya'
Sumber:
Hani Saleem
Sumber:
14/11/2012, web berita Irarab
Sebahagian kawasan di Semenanjung Gaza.
Sumber:
Wassyla Hayat
Foto: Sebuah tanah lapang bertentangan dengan bangunan Majlis Legislatif
Palestin (parlimen) yang dibom pada pagi tadi.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Saat
waktu telah tiba, buaian mimpi mula enak terasa .. janganlah lupakan mereka,
mungkin mereka juga lena tetapi dalam keadaan penuh gerhana. Lena kita?
anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman...
bayi yang tidak berdosa hangus terbakar
Foto: Fenomena trauma serangan roket
memaksa seorang warga zionis bertindak sedemikian bagi menyelamatkan diri dari
serangan roket.
Rakaman ini di selatan Hertzaliya.
Gugurnya para mujahid demi agama kita....syurga bagi mu
Foto:
As-Syahid Muhammad Al-Hums, salah seorang pengiring As-Syahid Ahmad Ja'bari
yang turut menjadi mangsa pengeboman zionis
As-syahid
Ahmad Ja'bari, Naib Komander Tertinggi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.
Foto:
Asy-syahid Khalid Abu Nasr, salah seorang tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN
AL-QASSAM yang menjadi sasaran serangan terbaru zionis di utara Semenanjung
Gaza
Pilu
hati melihat sehelai tshirt yang terpalit dengan darah. Pada waktu
kejadian, Ahmad Younis Abu Daqqa berusia 13 tahun bermain bola sepak
dekat dengan rumahnya.
Tshirt yang tertera Real Madrid adalah
impiannya, setiap hari disarung dan setiap kali juga, dia sentiasa mahu
tahu sejarah Real Madrid.
Namun,
musuh yang akal dan jiwanya tersarat dengan keganasan tidak mengenal
siapa mangsa. Semasa bermain bola sepak, Ahmad tidak menggalas senjata,
sekalipun bom juga tidak hanya bola sepak..bola sepak tetapi deruan
enjin helikopter zionis begitu riak tanpa apa-apa kewajaran, dimuntahkan
tembakan hasil akal yang jahat..lalu bedilan tersebut merayap ke tubuh
Ahmad.
Dia telah menemui syahid. Rumah keluarganya telah sunyi
dari suaranya dan Real Madrid juga telah kehilangan seorang peminat
kecil.
Semoga as-syahid dicucuri rohnya dan menanti ibu-bapanya di pintu syurga.
(Pemandangan
pada waktu siang) 'As-Safina', bekas pejabat perisikan Palestin yang tersergam
indah. Waktu ini, sebelum perang Gaza 2008 - 2009 dan serangan-serangan
sebelumnya.
(Pemandangan pada waktu siang) 'As-Safina', bekas pejabat perisikan
Palestin yang kerap kali dibom.
Semoga mereka tetap tabah mempertahankan tanah-tanah dan
maruah umat Islam
sama-sama
kita doakan kemenangan untuk saudara kita menjunjung agama kita biar
panji-panji islam terus berkibar di bumi haram milik Allah... takbir!!!
"Allahumma suril islam wal muslimin wal mujahidin fi Falestin wafi Syiria wafi Iraq wafi Rohingya wafi Indonesia wafi Malaysia wafi kullizamanna wafi kullimakan..."
mmt~