selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman....
Islam menggalakkan
ummatnya mengeratkan silaturrahim sesama manusia agar kehidupan harmoni. Kita juga
digalakkan untuk menyenangkan hati sesaama saudara kita dan salah satu caranya
adalah dengan bergurau senda.
Nabi kita
Muhammad saw menjalani kehidupan bersama para sahabat dan ahli kerabat seperti
manusia biasa. Baginda berkonsi kesedihan, kesusahan, dan musibah bahkan pernah bergurau senda.
Gurauan
merupakan suatu perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Hidup dirasakan
bertambah ceria dan bererti apabila terdapatnya gurauan yang menyenangkan hati
dan perasaan. Akan tetapi sekiranya gurauan dilakukan dengan secara melampau
dan berlebihan, maka bukan keceriaan yang diperoleh, sebaliknya kekusutan,
dendam dan pelbagai perkara negatif lain yang akan hadir dalam kehidupan.
Bagaimana pula dengan insan agung iaitu Rasulullah saw? Apakah baginda pernah
bergurau dalam melayari kehidupan di atas dunia ini, atau baginda bersikap
serius dalam segenap perkara?
Sebenarnya,
apabila diteliti dalam sirah nabi saw, didapati bahawa Rasulullah sendiri
pernah bergurau dengan para sahabat dan juga bergurau dengan isteri-isteri
baginda. Malahan, gurauan nabi saw telah menceriakan suasana kehidupan dalam
rumahtangga baginda dan mengeratkan lagi persaudaraan dengan para sahabat.
Rasulullah saw
juga berusaha mempastikan agar gurauan baginda itu tidak menyakiti hati saudaranya
yang lain, sebaliknya ia merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan
kegembiraan dan keceriaan. Rasulullah saw pernah bersabda selepas bergurau
dengan para sahabat, yang maksudnya: 'Aku hanya mengeluarkan perkataan dan
ucapan yang benar'.(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidhi dan Imam Ahmad).
Justeru,
seseorang yang hendak bergurau, hendaklah memelihara adab-adab gurauan agar
gurauan tersebut berlaku dalam suasana kasih sayang dan keceriaan dan tidak
menyebabkan berlakunya permusuhan dan dendam. Itulah indahnya Islam!.
Sehubungan dengan itu, hindarkanlah daripada gurauan yang boleh menyakiti hati
orang lain seperti mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, menghina orang
lain, memperlekehkan seseorang, menggelarkan orang lain dengan sesuatu gelaran
yang tidak disukainya, apatah lagi apabila mereka-reka cerita dan berbohong
dalam bergurau.
Begitu
juga setiap orang hendaklah menghindari gurauan yang keterlaluan. Terdapat
dalam masyarakat, mereka yang sentiasa bergurau tanpa mengira masa sehingga
perkara yang sepatutnya menjadi serius pun tidak diambil berat. Gurauan
seharusnya menjadi ’penambah perisa’ dalam pergaulan, bukannya dijadikan ’bahan
utama’.
Gurauan dalam
kehidupan ibarat garam dalam masakan...kalau masakan itu terlebih garam sudah
tentu terasa amat masin dan tiada siapa yang akan menjamahnya. Sama halnya
dengan gurauan dalam kehidupan diperlukan sedikit sahaja sebagai perisa untuk
melazatkan makanan.
Oleh itu
berhati-hatilah dalam bergurau, jangan sampai berlebihan dan melampaui
batas. Jangan lah dalam gurauan ada
unsur-unsur mencerca, menghina dan menyakiti orang lain kerana ia boleh
mencetuskan kemarahan dan pergaduhan
hingga terputusnya silaturrahim.
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
mmt~